Langkau ke kandungan utama

penjara rindu, penjara jiwa

KASIH IBU... penghuni Penjara Wanita Kajang mendakap erat ibunya pada program bersemuka dengan ahli keluarga, semalam.
dah memang namanya pun manusia, pasti akan buat silap dalam hidup. setakat hari ini kita tergolong dalam kumpulan bernasib baik sebab masih hidup bebas di dunia indah ini. tapi ada juga insan malang yang terpaksa merengkok dalam penjara akibat kesilapan yang telah dilakukan. biasalah, bila dah terhantuk baru nak tengadah. apakah sudah terlambat? 

Terlambat? terlambat untuk apa? 

untuk bertaubatlah!

jika anda hendak melangkah kaki memasuki mana-mana sekolah convent di bumi malaysia ni, ada kata-kata aluan menanti ketibaan anda. apa dia?
"BETTER LATE THAN NEVER"
sesuai dan sangat patut kita amalkan. lebih baik lambat daripada tidak pernah.... betul ke?

kita ambil contoh mudah. katakan kita jatuh cinta dengan seseorang. tapi nak cakap pada dia..ahhh malulah! tahu2 si dia bagi kad undangan perkahwinannya. tak ke menyesal seumur hidup kerana tidak meluahkan? 

eh, ada kaitan ke contoh dengan ungkapan tu? heeee... anggaplah ada, okey!
"Dalam penjara, saya mengenal erti kawan dan mengharungi susah senang bersama. Sebelum ini, saya tidak pernah ambil tahu pasal penjara dan tidak pernah membayangkan akan ditempatkan di sini. Namun, akibat kelemahan saya yang terlalu percaya pada rakan, akhirnya saya merengkuk di penjara,” 
- Ima (bukan nama sebenar), 29, dari selatan tanah air yang menjalani hukuman penjara dua tahun kerana kesalahan pecah amanah.



hidup di sebalik tembok besar tidak seburuk disangka kerana membolehkannya mengenal diri dan membentuk jati diri.


“Di sini saya peroleh kemahiran menjahit selain mendalami agama. Selepas keluar dari penjara, saya ingin memulakan hidup baru. Saya juga akan lebih berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan rakan. Kesilapan saya ialah memberi pengenalan diri (ID) untuk digunakan rakan dan akhirnya disalahgunakan hingga menyebabkan saya disumbat ke dalam penjara. Daripada sembilan tuduhan, hanya tiga yang lepas. Saya tidak dapat membuktikan saya tidak bersalah kerana ID saya digunakan dalam kes pecah amanah itu,” 
Ros, (bukan nama sebenar), 24, dari Pantai Timur tidak dapat melupakan kejadian dia dan ahli keluarga digari polis pada malam pernikahan kerana tuduhan bersubahat dengan tunang memiliki dadah. Disebabkan tidak mahu memanjangkan cerita dan membabitkan ahli keluarga, ibu seorang anak itu mengambil keputusan mengaku melakukan kegiatan haram tunangnya.
“Saya reda dengan takdir yang menimpa dan menganggap ia dugaan hidup. Pengajaran yang saya dapat ialah selidik terlebih dulu latar belakang bakal suami,” 
Dia yang menjalani hukuman enam tahun penjara sedih kerana anak dengan bekas suami terdahulu tidak mengenalinya kerana anaknya masih bayi ketika dia ditahan.

bersyukurlah kerana kita masih boleh jumpa kaum keluarga, hidup gembira dan gelak ketawa. wanita-wanita malang yang tersorok di sebalik tembok besar penjara tidak seperti kita. mereka rindukan belaian kasih ibu, ayah keluarga... semua. berfikirlah sebelum membuat sesuatu keputusan. kerana sekali tersilap langkah, sesalan sudah tak guna sama sekali. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…