apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

6.5.11

menulis wasiat

Budaya penulisan wasiat dalam kalangan rakyat negara ini masih rendah. Ketua Pegawai Pemasaran Amanah Raya Bhd. (ARB) Ahmad Saruji Abdul Aziz berkata, tahap kesedaran menulis wasiat dalam kalangan rakyat negara ini masih belum mencapai tahap memuaskan. Berbanding di Barat, menulis wasiat sudah menjadi satu kewajipan dan bukannya sesuatu yang dilihat sebagai cara mendoakan seseorang itu cepat mati.
Bagaimanapun, kajian mendapati, budaya menulis wasiat dalam kalangan golongan muda profesional, menunjukkan satu respons yang memberangsangkan.
Biasanya trend menulis wasiat ini adalah dalam kalangan warga emas. Tetapi, sekarang sudah ramai golongan muda tampil untuk membuat wasiat.
Melakukan perancangan awal menulis wasiat akan dapat menjamin kehidupan keluarga kita. Jangan asyik tunda sahaja kerana yang merana nanti adalah keluarga anak dan isteri yang ditinggalkan.
Bagi Amanah Raya, usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan wasiat terus digiatkan dari semasa ke semasa menerusi 19 buah cawangannya di seluruh negara melalui kerjasama yang terjalin antara institusi perbankan dan ejen korporat yang dilantik.
"Bagi membuat wasiat di Amanah Raya, kadar bayaran bagi orang Islam dan bukan Islam adalah RM350 satu wasiat. Kita ada buat pakej pembiayaan dengan bank menerusi potongan gaji. Selain itu, orang ramai juga boleh membuat bayaran menerusi kad kredit dan ini semua untuk memudahkan mereka membuat wasiat. Sekiranya mereka tidak berupaya datang ke Amanah Raya atau mana-mana agensi yang bekerjasama, kami boleh terus ke rumah anda." 
- Bernama
mati tak kenal usia. jangan nanti selepas kita mati, apa yang seharusnya jadi milik isteri dan anak-anak direbut oleh kerabat yang tamak, yang tidak punya belas kasihan kepada zuriat kita.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.