Langkau ke kandungan utama

menjaga kebersihan 'bawah sana'

  • .........................
    antara banyak-banyak bahagian pada tubuh kita, kaum perempuan, bahagian 'itu' sering mendapat layanan 'third class'. kita jarang jaga dia sangat. tak macam kita jaga kulit muka kita atau bentuk badan kita. kalau kat muka, ada jerawat sebijik pun dah bising, risau... kalau badan kita nampak tembam sikit, dah susah hati.... tapi, di 'situ' ?

    selalunya bila kita dah tak tahan sangat, barulah nak pergi jumpa doktor, mengadu sakit. iyalah, siapa yang tidak merasa malu, kan... bahagian sulit tu!

    secara analogi, bahagian itu sama aje dengan muka kerana kedua-duanya mempunyai ciri yang sama - ada kulit, rambut dan membran mukus. jadi masalah yang dialami pada muka seperti jerawat, reaksi alahan, kekeringan, menggelupas atau jangkitan fungus, juga boleh berlaku di 'situ'  

    kita sanggup berhabis duit untuk jaga muka tetapi untuk jaga bahagian tu?  

    kita tengok muka kita dalam cermin sebab itu secara x langsung muka jadi bahagian yang kita belai. tapi, kat situ, ada antara kita yang mungkin x pernah tengok pun? ada ke? hehe...

    habis, nak kena tengok ke? macam mana nak tengok? 

    laa... guna cermin okey!

    buat apa?

    untuk tengok sama ada ada gangguan seperti jangkitan, keradangan (menjadi merah dan bengkak atas pelbagai sebab) atau kecederaan selepas terjatuh terutama pada kanak-kanak perempuan. 

    Antara gangguan yang boleh timbul ialah kehadiran sista Bartholin (benjolan mengandungi cecair di bahagian dalam bibir faraj), alahan, jangkitan herpes, ketuat atau kanser pada bibir faraj. 

    Walaupun ada antara masalah ini boleh menyebabkan kesakitan tetapi kebanyakan wanita cuba bertahan selama mungkin dan hanya berjumpa doktor apabila kesakitan itu sudah tidak tertanggung. 

    Namun rungutan yang biasa diterima daripada wanita membabitkan anggota sulit mereka ialah rasa gatal, sakit, bengkak, masalah bau yang kurang menyenangkan, kehadiran lendir atau sebarang bentuk ketumbuhan. 

    Menurut Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Dr Tang Boon Nee. masalah yang paling biasa di negara beriklim panas dan lembap seperti negara kita ialah jangkitan. Ia lebih kerap berlaku pada wanita gemuk atau menghidap kencing manis. Jadi jika anda berada dalam kumpulan ini, perlu lebih berhati-hati kerana risiko untuk mendapat jangkitan adalah lebih tinggi. 

    Ramai orang beranggapan wanita yang mempunyai kehidupan seksual aktif lebih mudah mendapat jangkitan. Memang benar tetapi wanita yang tidak aktif (seksual) pun boleh mengalami jangkitan kulit faraj. 

    Masalah pengeluaran lendir seperti putih telur juga menyebabkan ramai wanita dan gadis remaja berasa tidak selesa. tap usah bimbang, okey! ia normal dan biasanya pengeluaran lendir lebih banyak sebelum haid. 

    “Jangan panik jika anda mengalami sebahagian daripada perkara yang disenaraikan di atas kerana ia dianggap masalah biasa bagi wanita. Bukan semua rasa gatal disebabkan jangkitan atau ketumbuhan itu kanser. Namun untuk kepastian, boleh berjumpa doktor untuk pemeriksaan,” katanya. 

    Walaupun hampir 80 peratus wanita Malaysia tahu akan kewujudan produk penjagaan bahagian sulit, tetapi kesedaran terhadap kepentingan penjagaan kebersihan untuk kawasan yang kecil itu masih rendah. 
    “Saya kerap ditanya, adakah cukup membersihkan bahagian sulit dengan air? Jawapannya ya. Ini kerana faraj mempunyai persekitaran yang bersifat berasid dan ia mampu mencegah jangkitan. Bagaimanapun tidak salah jika mahu menggunakan produk pencuci khusus untuk keselesaan. Apa yang penting ialah sentiasa memastikan ia sentiasa bersih,” 
    Oleh kerana kedudukan faraj sangat dekat dengan usus yang mengandungi banyak jenis bakteria, maka jangkitan mudah berlaku. 

    Antara cara untuk mengelakkan jangkitan ialah memastikan bahagian ‘bawah sana’ dibersihkan dengan baik khususnya selepas buang air besar. 

    Apabila mencuci, pastikan pergerakan menghala ke belakang iaitu membersihkan faraj dulu diikuti dubur. Ini kerana jika pergerakan mengarah ke depan, kita boleh memindahkan bakteria daripada dubur ke faraj. 

    Perlukah bercukur? 

    Ia terpulang kepada pilihan masing-masing. Ada yang bimbang jika tidak bercukur akan menyebabkan bahagian itu berbau. Anda tidak perlu terlalu risau kerana jika kebersihan terjaga, tiada orang boleh ‘menghidu’ bau anda. Jika didapati ia berbau kuat atau hanyir, itu menandakan ada jangkitan dan segeralah berjumpa doktor. 

    Apa yang perlu dihindarkan? 
    1. Pakai pakaian ketat (terutama seluar). 
    Tahukah anda seluar yang terlalu ketat boleh menyebabkan bahagian itu berbau? 

    2. Membiarkan kelembapan terperangkap dalam jangka masa lama kerana ia menyediakan persekitaran sesuai untuk pembiakan bakteria. Justeru, perlu memastikan seluar dalam anda sentiasa kering. 

    3. Pencucian faraj yang berlebihan seperti memancutkan air ke dalam faraj atau memasukkan jari yang bersabun ke dalam faraj untuk membersihkannya. Tindakan ini akan menghilangkan sifat asid pada faraj dan mendedahkan anda kepada jangkitan kulat. 

    4. Sentiasa memakai pelapik seluar dalam( panty liner) 
    Walaupun ia baik untuk menjamin kebersihan tetapi bagi sesetengah wanita khususnya yang sensitif, penggunaan pelapik seluar dalam yang berpanjangan boleh menyebabkan kerengsaan dan reaksi alahan. 

    5. Memasukkan objek asing ke mana-mana bahagian faraj termasuk menindik atas apa tujuan sekali pun. 

    Apa yang boleh dilakukan? 

    1. Sentiasa memastikan bahagian sulit bersih. 
    Cucilah sekerap mungkin. Boleh gunakan cecair pencuci khas atau sabun yang bersifat lembut

    2. Pakai pakaian yang longgar. 
    Tidak mengapa jika anda gemar berpakaian mengikut bentuk badan, tetapi selang selikan dengan pakaian longgar. 

    3. Pastikan bahagian ini sentiasa kering. 
    Anda boleh gunakan alat pengering rambut tetapi pastikan angin tidak panas! 

    4. Ketika haid, selalulah tukar pad, ya. jugak seluar dalam 

    5. Jumpa doktor apabila anda rasa ada sesuatu yang tidak kena. 

    6. Ada kajian menunjukkan pemakanan boleh memberi kesan secara langsung kepada bau faraj. 

    Untuk bau yang lebih ‘manis’ 
    kurangkan makan daging dan produk daging, 
    sebaliknya 
    lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan serta minum banyak air. 

    7. Jangan sapu bedak di bahagian ini. 
    Kajian menunjukkan talkum atau bedak boleh menyebabkan kerengsaan. 

    sofi: bukan tujuan untuk melucah, ya... aku sekadar berkongsi maklumat.

    sumber: sini

  • Ulasan

    1. tq 4 da info..mmg tgh perlu info2 mcm ni. ada masalh alahn pad:/

      BalasPadam
    2. info yg bagus n berguna.. gud2..

      BalasPadam

    Catat Ulasan

    terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

    Catatan popular daripada blog ini

    Cerpen: Dia Idaman Jiwa

    1
    “Hi, boleh aku duduk kat sini?”

    Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

    “Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

    “Kalau saya jawab tak boleh?”

    Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

    “Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

    “Macam tak ada tempat lain!”

    “Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

    Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

    Yang Terakhir: Versi Cerpen

    1
    “Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
    “Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
    Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
    “Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
    Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

    Inikah Cinta? : Versi Cerpen

    1

    "Ouch!"

    Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

    "Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

    "Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

    Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

    "Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…