apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

14.5.11

mengapa memilih isteri orang untuk dicintai?

mengapakah..... 
lelaki, walaupun dia tahu bahawa wanita yang disukai sudah berkahwin, masih memburu kasih dan sayang daripada wanita itu? Siapa yang memburu siapa?


tidak dinafikan, dalam era internet ini, fenomena yang tak boleh dikawal tentunya fenomena di mana lelaki bercinta dengan isteri orang. 


siapakah lelaki tu? apakah status perkahwinannya? apakah kedudukannya? status kewangannya? perhubungan perkahwinannya dan terakhir, berapakah usia lelaki itu?


Perunding Klinikal Psikologi Perkahwinan dan Terapi Seksologi Keluarga, Datuk Dr Mat Saat Baki, berkata:

1. status perkahwinan merangkumi sama ada lelaki itu masih bujang, berkahwin atau duda.


- lelaki bujang 
lelaki bujang minat bercinta dengan isteri orang kerana kurang tanggungjawab. Jika ada krisis, wanita atau kekasihnya itu boleh balik ke pangkuan suaminya. Bagi lelaki bujang, biasanya perhubungan seperti itu hanya untuk keuntungannya. Malah, perhubungan cinta seperti itu jika disusuli hubungan seksual, jarang sekali ada niat untuk berkahwin. 


-lelaki berkahwin
lelaki berkahwin ingin memenuhi kekosongan dalam perhubungan dengan isterinya yang tidak dapat memenuhi keperluannya dari segi fizikal, mental, rohani, jasmani. Jadi, lelaki berkenaan berharap kekasihnya yang sudah berkahwin itu dapat memenuhi kehendak dan berdamping dengannya.
“Di sini, lelaki itu ada dua harapan. 
a) menaruh harapan agar kekasih atau isteri orang itu meminta cerai dan membolehkan mereka berkahwin. 
b) berharap isteri sekarang dapat menerima kekasihnya itu. Bagaimanapun biasanya, kedua-dua harapan itu hancur berkecai,” 
.
-lelaki duda 
lelaki duda sunyi dan memerlukan seseorang. Lelaki berkenaan lazimnya mengharapkan agar bila dia berkasih dengan isteri orang yang ada pengalaman berumahtangga, ia dapat mengisi kesunyian. Selain itu, berharap dapat peluang menjalin hubungan seksual kerana realitinya beliau tiada lagi pasangan dan wanita itu boleh memenuhi keperluan itu.
“Sama ada melakukan hubungan seksual boleh atau tidak, itu bukan isu. Jika dianggap isu mereka tidak akan melakukannya,” 


2. Soal kedudukan
kedudukan lelaki mungkin lebih tinggi, sama taraf atau lebih rendah daripada wanita. 


a) Jika lelaki ada kedudukan dan berpangkat, 
wanita yang sudah bergelar isteri itu mungkin berharap apabila menjalinkan cinta, kedudukan lelaki itu dapat `berjangkit’ kepadanya.


b) bagi wanita dan lelaki berkedudukan sama taraf, 
- perhubungan terlarang yang wujud lazimnya berbentuk kebebasan melakukan perkara sama yang mereka suka seperti menonton cerita cinta. 
- perhubungan seperti ini lebih untuk mengisi kekosongan dan menghiburkan diri sendiri.


c) lelaki rendah kedudukan, 
- untuk wanita yang sudah berkahwin lelaki seperti itu sebagai alat permainan (toy boy) 
- wanita berkuasa dan lelaki berkenaan hanya mainan saja. Apapun, lelaki golongan ini tidak kisah asalkan dapat upah dan tajaan yang dijanjikan. Paling penting, semua dia dapat sama ada keperluan material mahupun seksual.


3. status kewangan. 
- bagi wanita kaya:
a) istilah `sugar mummy’ 
b) biasanya berumur awal 40-an, manakala lelaki awal 24 tahun atau sebelum 30-an.
c) hubungan terjalin itu hanya untuk kepuasan, malah dengan kedudukan dan kemewahan dimiliki wanita terbabit tidak kisah berhabis duit untuk lelaki berkenaan.
“Wanita itu lebih suka memilih lelaki bujang kerana baginya, boleh `tendang’ bila-bila masa dia hendak. Paling penting, lelaki itu mesti layan dirinya – apabila dipanggil mesti datang dan penuhi kepuasannya. Bagi wanita itu, jika suami boleh buat aku pun boleh buat.
dan si lelaki?
“Bagi lelaki itu pula, ada yang memang mencari sasaran dan peluang sedemikian. Tua tidak mengapa, asalkan ada ganjaran. Malah, ada lelaki golongan itu yang `pasang’ atau melayan lebih daripada satu wanita pada satu masa. Kebanyakan wanita pula sedar, lelaki itu ada partner lain tetapi juga tidak kisah,” 
Dalam sesetengah kes, suami turut tahu perbuatan isteri tetapi tidak bertindak. Suami bukan tidak berani bertindak tetapi akan berfikir untuk berbuat demikian kerana pertama, memikirkan kerugian bakal ditanggung, contohnya kebanyakan harta atas nama isteri.


orang-orang ni tak takut ke?


anda pun tahu, kan.....
Dari segi hukum, haram tetap haram dan zina tetap zina. Hukum halal haram bukan tidak difikirkan tetapi tidak dianggap penting sebab agama menentukan apa yang kita tidak boleh buat dan sebaliknya, tetapi tidak menghalang apa yang kita hendak buat.


Hakikatnya, kita lupa siapa kita. Jika kita sedar, konsep kita ini milik Tuhan, dan bukan hak individu saja, kita akan berfikir untuk tidak berbuat demikian,” 


wahai kawan-kawan hawaku....


sama ada anda wanita belum berkahwin menjalin hubungan dengan suami orang atau anda wanita bergelar isteri, bermain cinta dengan lelaki lain, kesalahan tetap nampak menjurus kepada anda, seorang wanita. 


mengapa?


kerana dalam hubungan perkahwinan, wanita atau isteri yang biasanya menderita bukan suami, okey...


Risiko wanita bergelar isteri menjalinkan hubungan lelaki lain:
* Menambah porak peranda dalam rumah tangga
* Maruah diri dan keluarga tercemar
* Perceraian
* Anak mengalami trauma
* Perebutan harta dan anak apabila bercerai


Pendekatan yang boleh membantu masalah dihadapi:
* Mencari punca yang menyebabkan tercetusnya hubungan dan pergolakan antara suami dan isteri
* Mendekatkan diri dengan roh keagamaan
* Mendapatkan khidmat nasihat kaunseling
* Mengadakan perbincangan keluarga

4 ulasan:

  1. Assalam,

    Semua kecurangan berlaku kerana bertuhankan nafsu. Aku berlindung dgn Allah dari syaitan yg direjam.

    BalasPadam
  2. ada suatu kisah, si lelaki (suami org) tgh bercinta sakan dgn si wanita (isteri org)....kedua2 pihak masih menyayangi family masing2, tp terus berhubung secara rahsia...hingga kadang2 terlanjur hingga ke hubungan seks....kedua-duanya teman sepejabat saya....pernah tegur sang lelaki tu (sbb dia dgn x malunya pernah bercerita kisahnya kat sy), tp x dipeduli.....katanya, xkan hari-hari nak makan ikan singgang jer, sekali-sekali nk rasa jgak kari ikan, lebuh umph!!!
    skrg, dh x tau kisah mereka....sy dh berenti kerja....

    BalasPadam
  3. Allah moga diberi hidayah pada kita

    BalasPadam
  4. err segan plak ,..

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.