mencari bahagia

di malaysia sekarang, pada setiap 15 minit, terjadilah perceraian dalam kalangan orang melayu, Islam. betapa rapuhnya ikatan antara pasangan suami isteri?

menurut kata ustaz pahrol dalam sini, rumah tangga adalah benteng terakhir ummah, tempat bermulanya tapak generasi. Jika di situ sudah bermasaalah, di tempat lain tidak dapat dibayangkan lagi.

Ada sahaja kisah suami yang curang, isteri yang beralih cinta. Kekadang anak telah dua, tiga dan empat… tetapi masih ingin memburu cinta. Ada yang memburu di alam nyata (menjejak semula kekasih lama atau terjumpa kekasih baru), ada yang memburu cinta di alam siber – bencinta lewat laman sosial internet yang serba maya.

aku tertarik kepada ayat-ayatnya ini:

cinta seorang wanita haruslah dalam turutan berikut:
1. cintakan Allah
2. cintakan Rasulullah
3. cintakan suami dan barulah yang lain

cinta seorang lelaki pula...
1. cintakan Allah
2. cintakan Rasulullah
3. cintakan ibu
4.cintakan....... 
5. cintakan isteri

memang mudah melafazkan talaq tapi, kesannya bukan saja kepada rumahtangga itu sendiri tetapi juga kepada anak-anak dan masyarakat sekeliling. 

usahlah memburu cinta yang tidak pasti. usahlah bosan dengan apa yang kita ada kerana yang di luar sana itu indah di mata, dikaburi bayangan ciptaan khayalan kita. 
"Make happy those who are near and those who are far will come!"
carilah bahagia bersama orang-orang di sekeliling kita yang memang sah-sah menyayangi kita. akan datanglah bahagia. tapi, kalau kita membuat musuh dengan orang yang menyayangi kita, di manakah bahagia? pasti tidak akan diketemukan juga!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

Yang Terakhir: Versi Cerpen

Inikah Cinta? : Versi Cerpen