apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

29.5.11

membina sikap positif

bila kita ditanya apakah kehidupan masa depan yang kita hendak, selalunya kita akan jawab.... kita nak jadi orang yang berjaya. iyalah...siapa yang nak hidup yang gagal, kan?

jadi, untuk jadi orang yang berjaya, kita haruslah ada usaha ke arah kejayaan itu. dan, untuk usaha itu pula, sikap mesti dipositifkan. minda mesti diasuh untuk berjaya dan bukan untuk gagal.

ada 10 petua untuk kita membina sikap positif

1. fikirkan cara untuk berjaya setelah anda tetapkan hati untuk memiliki masa depan yang gemilang.

2. lakonkan watak orang berjaya - tentu dia seorang yang rajin, gigih, dedikasi.... so anda juga harus begitu.

3. serlahkan penampilan diri yang positif - biar orang nampak betapa konfidennya diri anda... konfiden ya! bukan sombong, tau!

4. cari kawan-kawan di kalangan orang-orang yang berjaya - contohi kejayaan mereka tanpa perasaan hasad dengki

5. pastikan semangat anda untuk berjaya sentiasa membara

6. fokus - maksudnya tumpuan anda mesti 100% untuk berjaya

7. ingati kejayaan lampau sebagai perangsang untuk kegemilangan masa depan

8. ungkaplah kata-kata.. aku boleh! aku yang terbaik! I can do it!

9. tanya soalan-soalan yang positif seperti.....
- aku mesti terus berusaha?
- apa hikmah di sebalik dugaan Allah ini?

10. contohilah insan terbaik - sebagai orang islam tentu sahaja kita menjadikan Nabi Muhammad saw sebagai contoh.

harap memberi manfaat bersama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.