Langkau ke kandungan utama

lelaki oh lelaki

Saya kira dunia mungkin sudah sampai ke penghujungnya, sebab ramai suami orang Melayu beragama Islam zaman ini sudah tidak betah lagi hidup bersama isteri yang sah, sebaliknya lebih suka membiak dan membuang zuriat haram, kerana dia merasa lebih bahagia hidup dibuai mimpi indah sambil membelai bini-bini haram.
Ya, di sana sini, kita dapat melihat keruntuhan rumah tangga yang kebanyakannya berpunca daripada sikap ketua keluarga itu sendiri. kalau kita perhatikan, masa kini, ramai sungguh lelaki yang 'kurang' bertanggung jawab terhadap isteri dan anak-anak. 


ada tu, lebih rela duduk di rumah, membiarkan isteri bekerja menyara keluarga. memasaklah dia, membasuh kain, seolah-olah dia isteri dan si isteri yang bekerja itu suami dia. protokol berubah.... 


ada tu, punya segala-gala, harta dan rupa. golongan ini sering menjadi dambaan wanita di luar. maka terjebaklah dalam kancah maksiat. lebih nikmat menguliti yang haram daripada yang halal dan setia di dalam rumah. 


ada tu pula, terjebak dengan dadah. golongan yang hidup segan mati tak mahu. isteri yang terlalu menyayangi tidak sanggup hendak menghantar ke pusat pemulihan apalagi hendak bercerai lalu dijaga dan dibiarkan hanyut oleh dadah durjana.


mungkin ada yang perkasa. mungkin ada yang tahu tanggung jawab sebagai ayah dan suami. sebagai anak dan lelaki. namun rasanya golongan ini sudah boleh dibilang dengan jari.


salah siapa? 


usahlah ditanya. penat aje difikirkan. 


aku tahu, nanti pasti ada lelaki yang berkata, perempuan apa kurangnya? sudah ramai yang lupa diri. sudah ramai yang ego tinggi. sudah ramai yang lupa pada adat dan budaya. malah sudah ramai yang terjebak dalam cinta segi tiga lantas membuang keluarga memburu yang tak ada jaminan demi nafsu bergelora ciptaan syaitan.


Sebuah hadis diriwayatkan daripada Thauban r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:


"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama." 


Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?" 


Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."


Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"


Jawab Rasulullah SAW, "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."


Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?"


Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian."


terima kasih rintihan pemikir kerana sofi dapat hadis di atas di blog anda. 

Ulasan

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…