apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

26.5.11

lelaki... jangan senyum sangat!

perempuan kurengg suka lelaki senyum2 cam ni hehe....

Kajian Persatuan Psikologi Amerika yang diterbitkan semalam dalam jurnal Emotion, menunjukkan, 
lelaki yang gemar tersenyum kurang menarik pada pandangan wanita.

Jadi, jika anda seorang lelaki dan anda minat kepada seorang wanita serta anda mahu memikatnya, jangan terlalu banyak tersenyum. sebaliknya lebihkan termenung serta menunjukkan sifat kemalu-maluan. Menurut kajian, wanita menganggap lelaki yang riang kurang daya tarikan seks berbanding lelaki memaparkan sikap berbangga atau membayangkan pernah berbuat salah.


yang begini..hmm, hehe.....

Profesor yang mengetuai kajian itu, Jessica Tracy, berkata bagi lelaki pula, 
wanita yang gemar tersenyum lebih menawan.
Bagaimanapun, kata Jessica, kumpulan pengkaji mengakui tidak pasti mengapa lelaki dan wanita memberikan reaksi berbeza terhadap senyuman.

“Bagi seorang lelaki, senyuman mungkin menampakkan sifat terlalu kewanitaan atau terdesak mahukan seks,” katanya.

Hasil kajian itu juga menghangatkan pandangan bahawa 
wanita lebih berminat kepada lelaki nakal.
Kata Jessica, kajian itu hanya melihat kepada reaksi awal terhadap daya tarikan seksual dan tidak mencadangkan lelaki supaya kurang senyum.

“Jika seseorang mahukan hubungan jangka panjang, banyak aspek lain diambil kira. - Reuters

2 ulasan:

  1. wah menarik lah info ni..hehe
    kalo ramai lelaki yg baca mmg pasni jarang lah nak tgk merekasenyum kan:)

    thankz 4 sharing kak sofi=)

    BalasPadam
  2. @hanim Nabilah
    biasalah, kl asyik senyum, x best laa

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.