Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

ni kisah perkahwinan diraja lagi. tapi tentang pippa, adik kate, si pengapit pengantin. Philippa atau Pippa, 27, adik pengantin perempua...

kisah pippa, adik ipar william

By Mei 02, 2011

GAMBAR pengantin diraja bersama keluarga dan pengiring (barisan depan dari kiri ke kanan) Grace van Cutsem, Eliza Lopes, The Duke of Edinburgh, Ratu Elizabeth, Margarita Armstrong-Jones, Louise  Windsor, William Lowther Pinkerton. (Barisan belakang dari kiri ke kanan) Tom Pettifer, Camilla, Charles, Harry, William dan Kate, Michael Middleton, Carole Middleton, James Middleton and Pippa Middleton

ni kisah perkahwinan diraja lagi. tapi tentang pippa, adik kate, si pengapit pengantin.

thumbnail


Philippa atau Pippa, 27, adik pengantin perempuan, begitu anggun ketika mengiringi kumpulan pengiring kanak-kanak memasuki Westminster Abbey hari itu.

Gaun yang dipakainya, hasil rekaan pereka syarikat Alexander McQueen, Sarah Burton, cukup sopan untuk majlis rasmi, tanpa mengenepikan gaya, atau mengatasi pakaian pengantin perempuan.

Baju putih dengan kain menggeleber di bahagian dada mempamerkan bentuk tubuhnya yang ramping sementara lengan singkat berender mengekalkan keremajaannya. Di belakang bajunya, yang dapat dilihat ketika dia mengangkat gaun Kate ketika memasuki gereja itu, dihiasi butang kecil dilitupi sutera.

Rambutnya, seperti kakaknya, dibiarkan lepas, untuk membolehkannya kelihatan romantik. Hanya bahagian atas belakang diikat dengan cekak bunga teratai.


You Might Also Like

0 comments

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.