apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

7.5.11

ketawa, ketawa, hahaha....gelaklah...gelak...

ketawa menunjukkan kita sedang keriangan tapi kalau kita banyak sangat ketawa, hati kita akan mati.

Islam tidak pernah melarang umatnya untuk melahirkan kegembiraan dan kepuasan hati mereka dengan ketawa. namun, sebagai agama syumul dengan pelbagai adab dan disiplin, syariat tetap membataskan tahap ketawa yang dibenarkan. Ia bagi mengelakkan orang Islam dipandang rendah martabatnya oleh bukan Islam.

Menyingkap sirah Rasulullah SAW ketika hebat melancarkan misi dakwah melalui jihad perang selepas hijrah ke Madinah. Allah menempelak sebahagian tentera munafik yang pada mulanya menyatakan persetujuan untuk bersama baginda di medan peperangan. Bagaimanapun, mereka membatalkan janji dan persetujuan pada saat genting tentera Islam bakal bertarung dengan kekuatan tentera Musyrikin Quraisy dalam Perang Uhud.

Berikutan peristiwa itu, Allah berfirman yang bermaksud:
Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (pada akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka usahakan. 
(at-Taubah: 82).

Jelas daripada mafhum ayat ini, Allah mengungkapkan sifat lazim kaum munafik selalunya suka mengamal tabiat ketawa berlebihan.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
"Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati 
(riwayat Ahmad dan at-Tirmizi).

Saidina Umar al-Khattab pernah berkata,
seseorang yang banyak ketawa nescaya akan kurang rasa takutnya kepada Allah. Apabila rasa takutnya berkurangan, maka akan kuranglah taatnya kepada Allah.
Ketawa yang sampai ke tahap berlebihan mengundang perkara negatif seperti:
1. membiarkan masa berlalu tanpa diisi dengan sesuatu bermanfaat.
2. melupakan manusia daripada mengingati mati dan himpunan dosa yang menimbun dalam diri.
Apabila lupa kepada mati,
3. manusia lupa membuat persiapan menuju ke alam abadi kerana terlalu leka dengan keindahan, kekayaan, keseronokan dan kegembiraan yang tidak lebih hanya bersifat sementara.

marilah kita muhasabah diri supaya tidak terlalu leka dengan keseronokan dan keriangan yang dinikmati di dunia, supaya kita tidak mudah berpuas hati dan leka dengan pencapaian sendiri dan akhirnya menjadikan ketawa sebagai teman kepada keseronokan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.