apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

30.5.11

kerana lelaki

Kegagalan lelaki menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan ketua keluarga dikatakan menjadi punca utama peningkatan kes jumlah pasangan Islam yang bercerai berbanding pasangan bukan Islam di negara ini. kes pasangan Islam yang bercerai meningkat daripada 22,289 kes sepanjang tahun 2008 kepada 27,116 kes pada tahun lalu.
Pakar Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali berkata, penemuan itu adalah hasil kajian yang dilakukan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
“Apabila suami gagal melaksanakan tanggungjawab dalam rumah tangga, kewujudannya tidak lagi dianggap penting, malah ada isteri yang menganggap ketiadaan suami bukan lagi satu beban tetapi rahmat,’’ katanya ketika dihubungi semalam. kekurangan ilmu rumah tangga dan perkahwinan selain kecenderungan niat tidak tepat untuk berkahwin turut menyumbang kepada perceraian.
dapatkah anda menafikannya wahai lelaki?
bagi aku, bukan bias, ya... tapi inilah kebenaran yang pahit. 
rata-rata, di mana-mana kita dapat lihat kaum hawa bertungkus lumus bekerja. mungkin niat pada mulanya untuk menambah pendapatan keluarga namun lama kelamaan, seluruh pendapatan hanyalah untuk diri dan anak-anak. suami? sedikit demi sedikit akan lepas tangan dan membiarkan semua tanggung jawab bertukar. malah bukan sedikit para suami yang sanggup duduk di rumah, konon menjaga anak sementara isteri keluar bekerja demi menampung perbelanjaan keluarga.
berapa ramaikah isteri yang sanggup hidup begini? yang tidak mahu? tentu saja mencari jalan keluar yang mudah iaitu bercerai. bukan kemahuan fikiran tapi lebih kepada desakan perasaan. 
kes-kes sebegini hanya difahami oleh orang-orang yang mengalami. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.