Langkau ke kandungan utama

kenapa bela anjing?

PARAH...kesan gigitan anjing pada badan mangsa.

terima kasih kepada mel atas jeritannya di shout box sofi:
mel salsm.cikgu maaf.. sy ingin menegur.. tiada hukum HARAM dalam menyentuh anjing.. cumanya sekiranya kita sentuh anjing dalam keadaan bsh mka prlu smak.
setiap yang disuruh atau ditegah Allah kita melakukan, tentulah bersebab. dan ini contoh mengapa anjing itu diharamkan bagi kita. najis berat tu!!

aku tengok nama anak malang ni ialah mohd raqib mohd rasli. dah ada mohd di pangkal nama, tentulah islam.... ini agak akulah! tapi, yang buat aku sedikit keliru ialah... mengapa anak itu boleh dibenarkan bermain dengan anjing? anjing bukan kucing, kan? anjing bukan mainan (pet) untuk umat muhammad saw. kalau nak bela sangat binatang ni, belalah... tapi kena pastikan betul-betul hukum islam dipatuhi. malah kalau tersentuh kulit (lembap/ basah), wajib basuh dengan air tanah sekali dan air mutlak 6 kali. samak....

baca kisah menyayat hati di ranau ini....
LUKA...kaki mangsa cedera teruk selepas diserang anjing.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang girang menyambut hari lahirnya kelmarin, maut selepas hampir 16 jam dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ranau di sini, kerana dibaham anjing milik bapa saudaranya. Cukup menyayat hati apabila mangsa, Mohd Raqib Mohd Rasli yang sebelum itu dilihat mesra bermain dengan anjing terbabit ditemui kaku di dalam longkang dalam keadaan tubuh dipenuhi darah, selain kesan gigitan haiwan itu dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi di Kampung Matan di sini.

Mangsa yang menerima lebih 50 jahitan di seluruh tubuh, meninggal dunia kira-kira jam 9.40 malam tadi.
Sebelum kejadian, dia dikatakan bermain dengan anjing milik bapa saudaranya sebelum lelaki itu meninggalkan rumah untuk menghantar seorang lagi anak saudaranya ke pekan. Bapa saudara mangsa yang mahu dikenali Rosman, 26, berkata sebelum meninggalkan rumah, dia melihat Mohd Raqib bermain dengan anjing miliknya.

pesanku... jangan pandang mudah hukum Allah, kita kena ingat, bahawa anjing bukan untuk kita. comel macam manapun haiwan itu, bulu lebat yang macam baldu pun, kita tak boleh sentuh dia. dia sama macam babi, kan? najis mughallazah. kalau babi kita geli dan meluat, kenapa ada sikit sayang untuk anjing pulak? double standard ke? haihh.....

Ulasan

  1. Assalam,

    Ya lah. Mama pun sedih, geram , marah, bukan kat anjing tu tapi kat tuan anjing. Kat keluarga sedaramara yg bela anjing tu. Agaknya depa semua memang suka di cium2 hidung anjing yg sejuk basah tu. Depa suka kut kena dijilat2 anjing kat muka, kat pipi, peluk2 anjing.

    Kasian budak 3 tahun yg tak berdosa tu dididik main dgn anjing tanpa pengawasan. Kalu depa bukan Islam hhmm. biasalah. Bagimu agamamu, bagiku agama aku. Ya allah.. manalah kefahaman umat ni tentang agamamu Ya Allah ya Rabbi.

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…