Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

assalamualaikum.... sila baca dulu n3 ini sebelum anda langsung membaca bait-bait di bawah:- alhamdulillah, sudah ada yang peka dengan ...

kejap lagi tupai akan jatuh ke tanah

By Mei 27, 2011 ,

assalamualaikum....
sila baca dulu n3 ini sebelum anda langsung membaca bait-bait di bawah:-

alhamdulillah, sudah ada yang peka dengan segala pendedahan yang dibuat oleh pelbagai golongan maya di malaysia. terbaru, ABIM turut menyuarakan kebimbangan.

Selepas beberapa isu menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mendakwa perkara itu wujud semula dengan kewujudan sebuah laman blog secara terang-terangan menghina agama Islam dan penganutnya. Blog itu yang dikenali sebagai “Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara” itu turut menggunakan slogan “Toksah terpedaya oleh tipu muslihat babi Muhammad yang tidak waras tu!” — secara terang-terangan menghina agama Islam. The Malaysian Insider difahamkan blog itu telah wujud sejak awal minggu ini dan ia juga boleh didapati di laman Facebook dengan menggunakan profil ‘Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara’ atau laman blognya http://makcikhajjahsittalwuzara2u.wordpress.com/.

Allah Maha Kaya. Dia yang menciptakan, Dia juga boleh memusnahkan kita. Dia yang menjadikan, Dia yang mematikan kita. Dia yang memberi mulut kepada kita untuk berkata-kata, akal untuk berfikir namun kalau Dia mahu, sekelip mata kita boleh menjadi bisu dan otak boleh saja jadi beku. 
jika anda masih kabur tentang apa yang tercoret di sini, layarlah yahoo insider ini. 
semoga kita digolongkan Allah bersama orang-orang yang benar...

You Might Also Like

0 comments

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.