Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

1. Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar.   2. Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana 3. Adalah leb...

kata-kata mutiara untuk merangsang minda di pagi ahad

By Mei 01, 2011

1. Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar. 

2. Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana

3. Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain

4. Setiap malam sebelum tidur, anda perlu menetapkan satu matlamat di dalam minda & menguatkannya dari hari ke hari

5. Jagalah apa yang anda suka atau anda terpaksa menyukai apa yang anda dapat.

6. Lelaki yang bijak dapat membaca buku & kehidupan sekaligus.

7. Kesabaran akan lebih menguntungkan daripada kekuatan yang dimiliki

8. Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.

9. Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.

10. Masyarakat abad dahulu menggunakan tenaga manusia untuk membina sebuah monumen yang indah sekali. Masyarakat abad kini menggunakan jentera hanya untuk membina sebuah kedai. 

11. Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya.

12. Jika poket anda penuh, anda tidak akan kekurangan sahabat.

13. Semua perkara adalah sukar sebelum ia menjadi mudah.

14. Mimpi itu adalah perlu dalam hidup.

15. Seorang lelaki boleh dikalahkan tetapi tidak boleh dimusnahkan.

16. Kemenangan terhadap diri sendiri adalah lebih baik daripada kemenangan terhadap orang lain.

17. Orang pengecut ialah orang yang melihat sesuatu yang benar tetapi tidak melakukannya.

18. Kemenangan hanya untuk orang yang berhak mendapatkannya.

19. Lebih mudah untuk memenuhi impian kita yang pertama daripada cuba untuk mengejar impian-impian lain selepasnya.

20. Tidak ketawa walaupun sehari amat merugikan.

21. Anda tidak boleh mengubah masa lepas anda. Tetapi anda boleh memusnahkan diri anda kini sekiranya terlalu memikirkan masa depan anda.

22. Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup.

23. Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.

24. Berterima kasihlah kepada pokok yang memberi anda perlindungan dengan tidak memusnahkannya.

25. Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup. Memberi alasan tidak cukup masa untuk melakukannya adalah hinaan kepada Allah.

26. Jangan tinggalkan hingga esok apa yang boleh disiapkan hari ini.

27. Tiada hiburan yang lebih murah daripada membaca

28. Apabila semua benda kelihatan semakin hilang, ingatlah bahawa masa depan masih ada.

29. Rasuah akan sentiasa wujud selagi masih ada perasaan tamak pada diri manusia

30. Jangan sangka diri kita adalah yang terbaik kerana kita belum kecapi kejayaan yang orang lain capai

31. Tidak semestinya orang yang berjaya terus berjaya dan orang yang gagal terus gagal

32. Orang yang serba kekurangan kurang mengetahui kelemahan dirinya sebaliknya sentiasa menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku

33. Dalam dunia ini lebih ramai yang berlidah buaya daripada yang berlidah manusia

34. Dunia bukanlah tempat menunjukkan kekuatan tetapi untuk kita rasai nikmatnya.

35. Orang yang sentiasa berusaha ialah seorang yang takutkan kegagalan

36. Seseorang yang cepat mendaki ke puncak akan cepat pula jatuh ke bumi

37. Kepakaran seseorang tidak akan ke mana selagi dia tidak membuktikannya melalui perlaksanaan.

38. Sewaktu senang kita lebih menghargai kekayaan tetapi sewaktu susah kita akan lebih menghargai kesihatan.

39. Penipu yang mahir sekalipun tidak akan menyedari sekiranya dirinya ditipu.

40. Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan

41. Harta boleh menjadikan seseorang yang tamak sebagai hambanya.

42. Kecantikan dan kebaikan tidak wujud bersama

43. Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas kemusnahan dan kematian

44. Setiap manusia hanya mempunyai dua matlamat iaitu cita-cita & kejayaan

45. Harta menjamin dunia. Iman menjaminkan akhirat

46. Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya kecacatan atau kekurangan

47. Seorang anak tidak akan mengetahui kasih sayang ibu bapanya terhadapnya sehinggalah dia mempunyai anak sendiri

48. Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima diri anda yang sebenar

49. Masa adalah sekolah di mana kita belajar. Masa adalah api di dalamnya kita terbakar

50. Manusia mesti menamatkan peperangan, jika tidak peperangan akan menamatkan manusia

51. Arus masa depan telah tiba & tiada cara melawannya

52. Kisah cinta yang sebenarnya tiada akhirnya

53. Bukti terbaik cinta ialah kepercayaan

54. Kita lebih banyak berusaha untuk menegakkan benang basah daripada berusaha memperbaiki kelemahan diri

55. Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan

56. Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.

57. Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati.

58. Dendam adalah manis. Balasannya adalah pahit.

59. Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian.


You Might Also Like

0 comments

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.