kalau awak tahu....

kalau awak tahu,
apa ada dalam hati saya ni
tentu awak faham diri saya


kalau awak tahu,
kenapa saya marah-marah
tentu awak faham
bahawa marah bukan benci


kalau awak tahu,
apa yang saya rasa..
tentu awak faham
yang saya bukan pandai nak luahkan perasaan saya kat awak..
yang saya memang tak pandai nak luahkan sayang saya kat awak...


kalau awak tahu,
tiap perbuatan, tiap gerak geri, tiap bahasa tubuh ini
tentu awak faham
semua tu isyarat hati yang menyayangi


kalau awak tahu
macam mana saya ambil berat tentang awak..
macam mana saya risaukan awak...
macam mana saya luangkan masa untuk mendengar masalah awak..
tentu awak faham
betapa penting diri awak tu
dalam hidup saya


kalau awak tahu,
membilang tiap pengorbanan
membilang tiap kata sayang
membilang tiap keringat
membilang bisikan derita yang saya tanggung
tentu.....
awak tak buat saya begini
tentu...
awak tak biarkan saya terkapai-kapai sendiri


berfikir dan bertanya
ke mana perginya cinta
yang pernah terjalin
di antara kita.....


ya,
kalaulah awak tahu, kan?


sofi.


diceduk sikit idea di blog ini harap tuan blog tak marah hehe....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

Yang Terakhir: Versi Cerpen

Inikah Cinta? : Versi Cerpen