apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

24.5.11

humbankan rahsia cinta anda di sana...


jatuh cinta memang mengasyikkan. seronok! gembira. bahagia namun, tak semua yang bercinta akan kekal bersama. mungkin ada yang satu ketika, kebosanan dan meminta untuk berpisah. andai cinta tidak kesampaian, perkara pertama yang akan anda buat ialah....mengumpulkan semua pemberian si dia dan buangkannya. alasan anda? anda tak mahu ingat dia lagi. biarlah kenangan lama berlalu pergi! hmm, sampai gitu sekali..., kan?


tapi, kan... kalau anda buang, kenangan itu akan berkuburlah. sayang tau! sebab, pada hadiah-hadiah itu ada terselit kenangan manis yang boleh buat anda tersenyum. boleh ke? hehe...

so, di sini ada berita baik untuk anda. kalau anda nak simpan koleksi cinta lama tu tapi bimbang kekasih baru cemburu, anda boleh simpankannya di Muzeum of Broken Relationships yang terletak di Zagreb. Croatia. Ramai yang dah buat begitu...
BESI yang digunakan sebagai pakaian pengantin, cermin pecah yang dikaitkan dengan kisah cemburu dan kaki palsu yang pecah - itu antara antara barangan yang dipamerkan di sebuah muzium baru di Croatia.
Pada peringkat awal memang susah hendak kaitkan barangan ini dengan sebuah muzium. Tetapi bahan-bahan yang dipamerkan di muzium putus cinta atau Museum of Broken Relationships di Zagreb, Croatia mempunyai satu persamaan - ia menceritakan mengenai kisah cinta tidak kesampaian.

Bahan-bahan daripada cinta yang kecundang yang bertahun lamanya ada yang kelihatan biasa, ada pula yang aneh, kadang-kadang lucu, sedih atau di luar kelaziman.
Kaki palsu yang terletak di atas pelapik putih adalah milik seorang tentera di zaman perang Croat yang menjakin hubungan dengan pekerja amal.
“Kaki palsu ini tahan lebih lama dari cinta kita. Ia diperbuat daripada bahan yang kuat,” 
kata keterangan yang terdapat di bawahnya.

Bahan lain yang dipamerkan termasuk kapak yang digunakan untuk mengapak perabot bekas teman wanita, rambut palsu berwarna merah dari New York dan tali pinggang dari Sarajevo.
“Saya tidak pernah memakainya. Hubungan tentu bertahan lebih lama jika saya memakainya,” 
ratap penyumbangnya.

siapa yang menubuhkan muzeum cinta tak sampai ni? 

Idea untuk menubuhkan muzium itu muncul lima tahun lalu apabila artis Olinka Vistica dan Drazen Grubisic yang berpisah selepas empat tahun bersama berbincang bagaimana untuk memulihara peninggalan daripada hubungan yang terputus.
“Diilhamkan daripada situasi kami sendiri, kami berbincang idea ini bahawa sesuatu yang pernah manis satu ketika dan kemudiannya berubah tidak sepatutnya dimusnahkan tetapi di simpan dengan cara tertentu. jadi pada 2006 kami melancarkan projek ini, menamakannya Museum of Broken Relationships, di mana orang ramai boleh ‘menyimpan’ perasaan mereka. Konsep ini ialah, mereka yang memiliki pengalaman sedih dan mahu menghilangkan beban akibat cinta yang putus di tengah jalan dengan menderma barang-barang daripada kisah peribadi mereka,” 
Walaupun ada yang tidak mendedahkan perkara yang terlalu peribadi, Grubisic percaya motif utama penderma yang tidak mahu dikenali ialah sebagai simbol menutup satu bab dalam hidup mereka.
“Semua perkara penting dalam hidup kita seperti berkahwin atau pengkebumian diiringi upacara tertentu. Cuma apabila hubungan terputus sahaja kita sendirian. Ini merupakan satu cara untuk menyedia upacara untuk mereka yang putus cinta."
Muzium yang baru dibuka di Zagreb itu telah menarik minat penduduk Croatia dan juga pelancong yang datang. Untuk tempoh empat tahun lepas , ia telah menjelajah sekitar 20 lokasi di Eropah, Amerika Utara, Asia dan Afrika.

“Projek asal ini telah berkembang di luar dugaan kami, sebab itu sebaik sahaja menemui lokasi tetap yang sesuai kami terus membuka pameran tetap,” kata Vistica.

Semua bahan pameran diletakkan dalam bilik yang ada tema masing-masing seperti kemarahan dan sakit hati’ dan kerenah dan kehendak. Setiap satu diiringi dengan keterangan seperti tempoh hubungan, tempat asal dan penerangan penderma.

Lain-lain bahan pameran termasuk doa oleh seorang gadis Filipina untuk tunangnya selepas tunangnya itu cedera parah akibat satu kemalangan dan surat cinta yang ditulis oleh budak lelaki berusia 13 tahun yang lari meninggalkan Sarajevo sebaik perang meletus pada 1990-an. Menurut Vistica dan Grubisic, penyumbang kebanyakannya wanita kecuali yang datang dari Turki di mana banyak disumbangkan oleh lelaki.

macam-macam gila, kan? hehe...tapi, kalau anda ada barang yang nak dipamerkan di sana..hantar aje! boleh jadi kenangan tu...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.