Follow Us @soratemplates

24.5.11

Honda Jazz terbaru

1. REKAAN lebih sporty menjadikan versi terbaru model Honda Jazz pilihan masyarakat di negara ini.

2. Ciri tambahan yang paling menarik didatangkan pada jentera itu adalah Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), sistem keselamatan yang akan menambah baik keselamatan roda hadapan dengan menstabilkan kenderaan ketika mengambil selekoh dan mengelak tergelincir. 

3. Bentuk luarannya pula ditingkatkan yang tampak bergaya dan sporty dengan padanan jeriji warna ‘gunmetal’ dan bampar depan serta belakang yang aerodinamik. 
4. Model itu memiliki lampu hadapan yang menonjol dengan lilitan perak dan sistem pencahayaan juga diberi kelainan melalui lampu kabus dan kombinasi lampu belakang lebih menyerlah. 
5. harga?
RM109,800 di atas jalan termasuk insurans....

6. Warna?
Metalik Jingga, Polished Metalik Metal, Mutiara Hitam Kristal dan Putih Mutiara. 

7. Jazz dipadankan dengan enjin bersesaran 1.5 liter i-VTEC dan dilengkapi transmisi automatik lima kelajuan serta mampu menjana kuasa maksimum sehingga 120 PS. Model berkenaan turut dilengkapi dua beg udara, sistem ABS dan menggunakan teknologi G-CON pada struktur badannya.

ada sesiapa nak bagi kak sofi free tak? hehe...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.