apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

26.5.11

hiperhidrosis.

apa dia hiperhidrosis?

hiperhidrosis ialah satu keadaan bila mana badan kita mengeluarkan peluh secara berlebihan. misalnya kita banyak berpeluh masa hari yang sejuk atau banyak peluh kita keluar di bahagian-bahagian seperti tapak tangan, kaki dan bawah lengan. ini satu keadaan abnormal dan hiperhidrosis.ialah nama penyakit itu.


Menurut Perunding Pakar Bedah Cardiovascular dan Thoracic, iHEAL Medical Centre, Kuala Lumpur, Dr. David Khoo Sin Keat, hiperhidrosis berlaku hampir dua peratus daripada jumlah penduduk dunia. Katanya, bagi sesiapa yang menghadapi masalah tersebut, mereka perlu memberi lebih perhatian kerana secara tidak langsung ia menunjukkan wujudnya masalah kesihatan pada tubuh anda.
'Fenomena peluh berlebihan ini merupakan satu jenis penyakit kerana ia tidak terjadi kepada semua orang. Lazimnya, pesakit tidak sedar mereka menghadapi masalah ini sehinggalah ia mendatangkan masalah kepada mereka sehingga menyukarkan untuk melakukan pekerjaan. Dalam hal ini, peluh berlebihan bukan sahaja dikesan pada tapak tangan, kaki dan di bawah lengan malah ia juga dikesan pada bahagian kepala, muka, dada, belakang tubuh dan pangkal paha,''



Dr. David turut menjelaskan bahawa penyakit tersebut dapat dirawat melalui teknik rawatan yang dikenali sebagai No Sweat Technique. Katanya, teknik rawatan tersebut merupakan satu teknik yang melibatkan prosedur selama 15 minit dengan tusukan kecil di bawah kedua-dua lengan. Rawatan tersebut bukan sahaja memberi keputusan yang cepat malah pesakit boleh meninggalkan hospital pada hari yang sama dengan keadaan tangan, kaki atau mana-mana bahagian yang bermasalah lebih selesa tanpa peluh.

Bagi sesiapa yang menghadapi gejala-gejala seperti peluh yang berpanjangan, berpeluh tanpa sebab yang munasabah, berpeluh ketika tidak melakukan sebarang aktiviti lasak, berpeluh ketika mengalami tekanan serta cuaca panas dan tidak berpeluh ketika tidur, anda dinasihatkan agar cepat bertemu dengan doktor.

Dalam masa yang sama sekiranya mereka yang telah disahkan menghidap penyakit ini dan ingin mendapatkan rawatan, iHEAL Medical Centre Kuala Lumpur turut menawarkan perkhidmatan tersebut.

Untuk itu, anda boleh layari laman web http://www.sweatconnection.com atau hubungi terus iHEAL Medical Centre di talian 03-22877398.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.