Langkau ke kandungan utama

Hemofilia . penyakit pembunuh


di sekolah, tiap kali buat salah, pasti didenda. denda ringan tak apa juga tapi kalau sampai dirotan, camne? tentu sakit, betul? 

ini kisah edwin lim. masa kecil dulu tiap kali cikgu nak pukul dia dengan rotan, dia teringin nak bagitahu tentang penyakit yang ditanggung, tapi dia takut. so... dia pun reda ajelah dibelasah cikgu. tapi, esoknya, bila  datang ke sekolah semula, tangannya membengkak dengan teruk. malah kesan lebam juga jelas kelihatan. 

sebenarnya, ibu dan ayah edwin dah kesan sesuatu yang ganjil sejak dari edwin bayi lagi. ketika baru merangkak, lutut dan sikunya sering lebam dan berdarah. keadaan bertambah buruk apabila dia mula berjalan menyebabkan kakinya sering terluka dan mengalami pendarahan berpanjangan. Disebabkan risau dengan keadaan itu, ibu bapanya membawa menjalani ujian di Pusat Darah Negara dan disahkan menghidap hemofilia A dengan faktor pembekuan 1 peratus.

apakah hemofilia?
Hemofilia adalah kelainan genetik pada darah yang disebabkan adanya kekurangan faktor pembekuan darah. 

1. Hemofilia A timbul jika ada kelainan pada gen yang menyebabkan kurangnya faktor pembekuan VIII (FVII).  
2. hemofilia B disebabkan kurangnya faktor pembekuan IX (FIX). 

hemofilia bukan penyakit keturunan. tapi akibat yang diterima menyebabkan penghidapnya perlu menjaga diri dengan penuh berhati-hati dan tidak boleh melakukan aktiviti lasak kerana bimbang sebarang perkara buruk yang akan terjadi.

tentu sedih bila tengok kawan-kawan bermain bola sepak, tapi si penghidap hanya mampu duduk di tepi padang. 

Mengikut perangkaan Persatuan Hemofilia Malaysia, terdapat kira-kira 2,200 orang yang mengalami masalah hemofilia di Malaysia setakat ini. tapi sebenarnya, ia penyakit yang sukar hendak dikesan. 


Hemofilia juga dikenali "The Royal Diseases" Ini di sebabkan Ratu Inggris, Ratu Victoria (1837 - 1901) adalah seorang pembawa sifat/carrier hemofilia. Anaknya yang ke lapan, Leopold adalah seorang hemofilia dan sering mengalami perdarahan. Leopold meninggal dunia akibat perdarahan otak pada saat ia berumur 31 tahun. Salah seorang anak perempuan Victoria, Alice, adalah carrier hemofilia dan anak laki-laki dari Alice, Viscount Trematon, juga meninggal akibat perdarahan otak pada tahun 1928. Alice dan Beatrice, adalah carrier dan merekalah yang menyebarkan penyakit hemofilia ke Spanyol, Jerman dan Keluarga Kerajaan Rusia.


Gejala dan Merawat Hemofilia
  • Apabila terjadi pendarahan pada tubuh akan mengakibatkan kebiru-biruan (pendarahan dibawah kulit) 
  • Apabila terjadi pendarahan di kulit luar maka pendarahan tidak dapat berhenti. 
  • Pendarahan dalam kulit sering terjadi pada sendi seperti siku tangan maupun lutut kaki sehingga mengakibatkan rasa yang sakit sangat.

Bagi mereka yang memiliki gejala-gejala tersebut, disarankan segera melakukan ujian darah untuk mendapat kepastian penyakit dan merawatnya. biasanya penderita hemofilia disuntik dengan Recombinant Factor VIII. ada juga yang perlu melalui transfusi darah.

transfusi rutin berupa kriopresipitat-AHF untuk penderita hemofilia A dan plasma beku segar untuk penderita hemofilia B. Terapi lainnya adalah pemberian ubat melalui suntikan. Baik ubat maupun transfusi harus diberikan pada penderita secara rutin setiap 7-10 hari. Tanpa eawatan yang baik, hanya sedikit penderita yang mampu bertahan hingga usia dewasa. Kerana itulah kebanyakan penderita hemofilia meninggal dunia pada usia kanak-kanak.


Ulasan

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…