Langkau ke kandungan utama

habis manis sepah dibuang


mudahnya melafaz cinta
mudah juga melafaz kata.......
perpisahan......

mereka berkahwin lapan tahun dulu. cerita dalam kain mereka, tidak usah kita ambil tahu tapi kalau tidak ada rasa cinta, masakan mereka boleh bersatu, iya tak?

entah di mana silap, dengan isteri baru lepas pantang, si suami menghantar sms beracun...... 'melepaskan isteri' atau dalam kata mudah... menceraikan isteri dan kini diorang dah sah bercerai dengan talak satu.

umur isteri baru 31 tahun tapi... itulah! agaknya manisnya dah habis kan? sebab tu sepahnya dibuang. malang sungguh nasib seorang bernama perempuan. masa cinta, nak kawen semuanya ikut adat! tapi bila dah tak suka....tu dia, sms aje cakap aku nak ceraikan kau. adus!

tapi, sekali lagi, cerita ini baru didengari daripada pihak bekas isteri. kita kenalah adil.... x boleh terus nak marah si suami, indra putra, pemain bola tu. siapa kita nak marah-marah sedangkan hal jodoh pertemuan ni urusan Dia kat atas sana, kan?

apa-apa pun, semoga kedua-duanya menemui kebahagiaan!!

sumber: harian metro

Ulasan

  1. Redha dgn jodoh di tangan Tuhan. Namun, kos perbelanjaan hidup anak2/nafkah anak2, makan minum pakai, persekolahan wajib dihulur. Kos hidup individu masakini minimum RM500. Empat anak RM2,000.00. Tapi sampai di mahkamah syariah kos yg diluluskan RM30.00 seorg anak. Itu realiti. Jadilah anak2 kurang pendidikan,ibu yg menjanda sibuk mencari rezeki, anak2 kurang kasih sayang, kurang serba serbi dan membiakkan jenerasi terbiar yg kurang ajar. Salah siapa ek? Fikir2. Kalu nak bercerai mampu atau tidak membayar nafkah kos hidup anak2. Kalu tak mampu jgn bercerai, jangan bernikah utk menyeksa isteri dan anak2. Heeee..........sajer jer. kasi hot.

    BalasPadam
  2. @mamawana
    seronokkah bercerai berai? pelik, kan?

    BalasPadam
  3. Jgn la kita mendengar sebelah pihak,Tak baik Kira menfitnah tanpa degar lg penjelasan si suami,rm3k sebulan,Rumah Indra bayar,keta Indra bayar,apa lg so nurlianton Murni nak,Tak cukup anda memaki mak mertua anda,yaitu mak Indra,anda menfitnah sana sini plak,ingatlah la wahai janda indra,Allah tidAk pernah tido,dia tau segala nye,anda boleh buruk kan siapa sajer,anda Tak malu pada bekas mak mertua, n bekas suami anda,tp malu la pada Allah..mints pada wartawan,dptkan kebenaran Dari Indra dah juga mak Indra...

    BalasPadam
  4. @Anonymous
    tapi, sekali lagi, cerita ini baru didengari daripada pihak bekas isteri. kita kenalah adil.... x boleh terus nak marah si suami, indra putra, pemain bola tu. siapa kita nak marah-marah sedangkan hal jodoh pertemuan ni urusan Dia kat atas sana, kan?

    nasib baik kak sofi tulis itu, kan?

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…