apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

4.5.11

dia yang istimewa


dia sakit. bukan sebarang penyakit, kawan....
dia ialah pengidap leukimia.

namanya, aidan reed, berasal dari kansas, amerika syarikat dan umurnya baru 5 tahun.

apa yang menjadikan dia istimewa? apa yang telah dibuat oleh kanak-kanak berusia lima tahun ini sehingga aku kagum dengannya?
Aidan Reed berjaya menjual sebanyak 3,000 keping gambar raksasa yang dilukisnya demi membiayai kos rawatan penyakit kanser yang dihidapinya
itulah keistimewaan aidan. walaupun kecil, tapi masih berusaha untuk tidak meminta-minta dalam urusan rawatan penyakit kanser yang ditanggung. 


hebat! sungguh hebat! 


Aidan yang berusia lima tahun itu didiagnosis penyakit leukemia pada 13 September 2010.
Sejak itu, dia yang berasal dari Kansas, Amerika Syarikat (AS) dikehendaki menjalani rawatan termasuk kemoterapi, jangkitan, saluran tulang belakang dan prosedur lain yang menyakitkan.
Pakar perubatan bagaimanapun memberitahu bahawa penyakit yang dialami Aidan menunjukkan 90 peratus untuk pulih.
Ibu bapa Aidan, Katie dan Wiley sebelum ini berdepan dengan masalah untuk membayar bil hospital sehingga terpaksa mencagar rumah mereka bagi mendapatkan wang. Cukup mengejutkan apabila Aidan yang memiliki minat melukis raksasa dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut.
Dalam waktu singkat Aidan berjaya menjual 3,000 lukisan yang dilukis di katil hospital sewaktu menjalani rawatan.
Keseluruhan wang yang dikumpulkan melebihi AS$30,000 (RM89,235), sekali gus cukup untuk mendapatkan semula rumahnya yang dicagar dan menjalani rawatan susulan selepas ini.
Lukisan Aidan turut menerima tempahan dari Jepun, Itali, Brazil dan negara lain di seluruh dunia. - Agensi
begitulah, kalau yang sakit mampu menampung sendiri kos rawatan penyakitnya yang bahaya.... tidakkah malu bagi anda yang berkudrat tetapi merupakan penganggur terhormat?
sumber; kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.