Langkau ke kandungan utama

dia hilang 'selera'. diamkan aje?

MENYERIKAN kebahagiaan rumah tangga adalah satu cabaran yang amat besar. dan, antara yang memberikan kebahagiaan ialah bila selera suami terhadap isteri begitu juga sebaliknya, dapat dikekalkan. 

Bukan sesuatu yang mustahil bila sampai ke satu tahap, pasangan suami isteri hilang rangsangan antara satu sama lain. dan, juga hilangnya 'selera' ini tidak semestinya berlaku kepada pasangan yang dah lama kahwin malah ia boleh berlaku kepada pasangan muda juga. 


kebahagiaan mula sirna bila dalam bahasa mudahnya, hubungan intim suami isteri menjadi dingin. Boleh saja berlaku, sama ada si suami hilang ‘selera’ atau si isteri dalam keadaan sebaliknya. 

anda akan tahu bila kedinginan itu terjadi. anda pasti rasa bila kemesraan mula hilang sedikit demi sedikit. anda pasti akan melihat dan menerima penolakan demi penolakan!

bagaimana menangani situasi yang hambar ini? haruskah dibiarkan? 
bagi menangani masalah ini, salah seorang dari pasangan perlu mengambil inisiatif untuk memulihkan hubungan mereka. 
Tidak dinafikan, menghangatkan keadaan untuk berintiman dengan pasangan bukanlah semudah yang disangka. ingat senang ke nak naikkan syahwat orang yang dah mula tak tengok kita sebelah matapun? tapi soalnya, kenapa dia dah tak selera tengok anda? 

mungkin ada yang cakap, suami/isteri tak sihat kut? ada penyakit kronik? atau mungkin, dia letih atau mengalami tekanan (stress)?

stress dan ada sakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi memang antara faktor yang boleh membuatkan pasangan anda kurang minat kepada seks atau membuatkannya tidak dapat berfungsi dengan sempurna. wanita yang mengalaminya tidak dapat beri tumpuan kepada hubungan intim dan dia akan layani suaminya setakat memberi kepuasan kepada suami dan bukan untuk dirinya. lelaki pula akan gagal  mencapai ereksi (mati pucuk). 

kalau rumahtangga anda sudah begini keadaannya, bermakna anda sedang dalam 'bahaya'! oh ya, ada yang cakap, seks bukan segalanya dalam rumah tangga tapi ia keperluan naluri yang penting untuk terus bahagia sebagai pasangan, ingat tu!

cara terbaik, bincang antara suami isteri. bincang dari hati ke hati! ingat, tu... bincang berdua, bukan pi cerita masalah kepada orang luar yang nanti akan merepotkan lagi keadaan kusut masai rumah tangga anda. 

Dalam Islam, melakukan hubungan seks termasuk ibadah dalam rumahtangga seorang muslim. Dalam sunnahnya Nabi saw menyarankan seorang lelaki memilih wanita yang dapat melahirkan banyak anak. Ingin mempunyai anak adalah urusan bagaimana hubungan seks dilakukan oleh pasangan ditambah juga ada beberapa hadis yang mencatat doa-doa dan tatacara hubungan seks oleh pasangan Muslim/Muslimah agar mendapat berkah kehangatan dan kenikmatan hubungan seks suami isteri disamping dapat melahirkan anak-anak yang soleh/solehah.

Wahai isteri, ingatlah pesanan ini:
"Jika suami mengajak isterinya ke tempat tidur lalu dia menolak ajakan suaminya itu sehingga suami rasa marah, maka para malaikat akan melaknatinya sampai subuh." (HR.Ahmad, Bukhari dan Muslim)

Wahai suami, ingatlah pesanan ini:

"Sesungguhnya isterimu mempunyai hak atas dirimu. Bahagian dia ada pada yang empat (dua paha lelaki, dua paha perempuan) bagi orang yang berakal. Berikanlah kepadanya. Dan janganlah anda perpanjang alasan."
Rasulullah saw bersabda:
"Bagi kamu melakukan jima' (hubungan seks) dengan isterimu adalah satu pahala. lalu para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah seseorang di antara kita menyalurkan syahwatnya akan mendapat pahala? Jawabnya: bagaimana pendapatmu kalau dia menyalurkan syahwatnya itu pada yang haram, apakah ia berdosa? Begitulah jika ia meletakkannya pada yang halal, maka ia mendapat pahala."
(HR. Muslim )

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…