Langkau ke kandungan utama

cintamu cintaku satu - review oleh cik puteri kebayan

ni kali pertama cintamu cintaku satu direview.. seram jugak.. gigil jugak bila nak baca huhu..tapi....

sebagai penulis kenalah hadapi dan terima kenyataan.

papepun, thank you adik puteri kerana sudi membuat review novel kedua kak sofi ni. terima kasih bebanyak.
4.5.11


Review- Cintamu Cintaku Satu


ini novel kedua yang dibaca (beli masa pbakl) selepas novel anis ayuni,Cinta Yang Kurasa.

rasanya lagi bagus novel pertama daripada beliau iaitu tak mungkin kuhindar (klik SINI kalau nak baca review). mungkin sebab cerita ni pada awalnya kisah kahwin paksa. bukan keluarga yang memaksa, tapi bakal pengantin lelaki yang memaksa heroin kahwin. tambahan pula, saya memang dah takleh nak ngam kalau cerita kahwin paksa ni. nasib baik novel ni bukan kahwin paksa yang bisa membuatkan novel sekarang hampeh.

namun apa yang membuatkan novel ini lain dari cerita kahwin paksa yang ada sekarang, bila si heroin tu, Ana terus jatuh sayang kat Taufik. bukan nak gaduh2 ke, benci2 ke, tidur asing2 ke. be honest. kalau sayang, kata sayang. tak payah nak buat2 benci padahal dalam hati ada cinta. iye tak?

mereka kahwin sebab Ana perlukan wang untuk menyelamatkan anak saudaranya, Irfan yang juga anak saudara kepada Taufik. erk, faham tak ayat tu? kakak Ana kahwin ngan adik Taufik. faham kan? so, Irfan tu anak saudara mereka berdua. pada awalnya, ibu Taufik tak sukakan Ana manakala Ana pula penuh dengan prasangka buruk pada keluarga Taufik setelah membaca diari arwah kakaknya, Liyana.

ini bukan kisah biasa. ini bukan cerita mertua yang ingin merosakkan rumahtangga anak menantu. tapi segalanya berpunca dari dendam. dendam Akmal kepada ayah Taufik dan Liyana, dendam Azim kepada Ana. erk, nak tahu pasal apa, beli dan baca ye. best jugak.

erk, tapi kan... rasanya Ana Sofiya tak sesuai buat cerita thriller camni. selalunya, kalau saya baca novel ala-ala ada polis, ala-ala ada penyiasatan... saya mengharapkan sesuatu itu diceritakan secara terperinci. macam novel Jauh Kau Pergi-Dhiya Zafira, Mikail-RAM.

apapun, tak salah mencuba kan? okey, itu sahaja. 

rujuk sini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…