Langkau ke kandungan utama

Cintamu Cintaku Satu masih dalam top 20 pilihan popular wadah jiwa bangsa

PilihanPopular Wadah Jiwa Bangsa
Carta Paling Laris - May 2011 ~ Minggu Ketiga ( 16 May 2011 - 22 Mei 2011 )
KATEGORI FIKSYEN
  1. 7 Hari Mencintaiku ( SITI ROSMIZAH ) - SR Publication
  2. Tuan Rumah Pembantu Rumah ( ORKID EDYLIYNE ) - Fajar Pakeer
  3. Lafazkan Kalimah Cintamu ( SITI ROSMIZAH )- SR Publication
  4. Bila Hati Kata Sayang ( MARISSA ) - Karyaseni
  5. Pilihan Mama ( UMIE NADZIMAH ) - Kaki Novel
  6.  M.A.I.D ( SURI RYANA ) - Kaki Novel
  7. Sutera Bidadari ( RAMLEE AWANG MURSHID ) - Alaf 21
  8. Cinta Kau Dan Aku ( SITI ROSMIZAH ) - Buku Prima
  9.  Cinta Yang Kurasa ( ANIS AYUNI ) - Alaf 21
  10. Terlanjur Mencintaimu ( SYAMNURIEZMIL ) - Karyaseni
  11. 566 Hari Mencari Cinta ( ILYA ABDULLAH ) - Kaki Novel
  12. Bisik - Bisik Gelora ( FAUZIAH ASHARI ) - Buku Prima
  13. Cucur Bawang & Kopi O (HASRUDI JAWAWI ) - Buku Prima
  14. Cinta 3 Suku ( HERNA DANIA ) - Alaf 21
  15. Seandainya ... ( RYS AREESA ) - Kaki Novel
  16.  Andai Itu Takdirnya ( SITI ROSMIZAH ) - Buku Prima
  17. Cintamu Cintaku Satu ( ANA SOFIYA ) - Fajar Pakeer 
  18.  Hingga Ke Akhirnya ( SITI NUR DHUHA ) - Buku Prima
  19. Kompilasi Cinta Tiada Akhirnya & Duri ( FAUZIAH ASHARI ) - Intens Idea
  20. Sayangku Merajuk ( AYU EMELDA ) - Alaf 21  
gembira rasanya kerana novel keduaku ini masih di dalam senarai top 20. harap-harap, kepada yang belum beli tu, belilah dan berikan sokongan anda hehe.....


thanx kepada yang dah beli dan baca dan komen. sukaa.......


  

Ulasan

  1. Tahniah untuk puan sofi both of ur novels saya dah katam n thumbs up .... Anyway saya nak bertanya mengenai ur novel bertajuk SAMPAI BILA? Akan diterbitkan Artaud apakah kesudahannya? Ternanti2 saya tau ..hope Ada beritahu baik untuk disampaikan mengenai cerita ini

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…