apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

20.5.11

cik abang merajuk? betul ke?

anda dah kahwin bertahun-tahun pun, belum tentu anda tahu bila cik abang anda merajuk. kan? kan?  kenapa? mudah aje jawapannya. sebab lelaki ni pandai sembunyikan perasaannya. kita kalau marah, mulut pasti pot pet, pot pet. tapi tengoklah cik abang kita... ada dia mengamuk kalau dia sedang marah? jarang, kan? 


meh kita kenal pasti macam mana rupa sikap dan perangai pakwe kita kalau mereka sedang merajuk. kut-kut nanti bolehlah kita pujuk, betul tak?


Diam 
Dia asyik diam bila dengan kita. bila kita bercakap dengan dia, sama ada dia angguk atau dia geleng. 


Buat Tak Tahu
Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dia buat sesuatu, dia buat derkkk aje!! 


Tak akan makan dengan kita
Dia tak nak jumpa kita. kalau ajak makan, dia suruh kita makan dulu. atau, dia cakap dia dah makan dah.


Muka Masam
tengok air muka dia, tak berseri. mencuka aje...


Tengok TV sampai tengah Malam
Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. 


Keluar Rumah Tanpa Beritahu
Yang ni paling mudah kenal. kalau selalu dia beritahu apa aje pada kita tapi kalau dia tengah merajuk, jangan harap! dia akan keluar rumah sesuka hati dia dan kita tak akan diberitahupun!


Matikan Telefon Bimbit
rupa-rupanya, bila lelaki tengah marah, dia x suka diganggu. jadi, dia akan matikan fon dia.  


biasalah, kan? orang merajuk mahukan dipujuk. jadi, pujuklah dia. alah, dia memang tengah tunggu tu.. hehe

okey, n3 ni dipetik dari sini. thanx....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.