apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

31.5.11

cerpen pilihan


apa yang paling menggembirakan aku? hehe...betul juga! anda peduli apa, kan? tapi, aku saja aje nak bagi tau. bolehlah, kan?

yang paling menggembirakan dan membahagiakan seorang penulis bernama ana sofiya ialah bila hasil tulisannya dibaca oleh ramai orang. dan dikomen dengan penuh semangat. hmm.... kadang-kadang komen-komen tu buat hati aku kecuttt jekk... pedas huhu..tapi ada yang komen bagi sejuk rasa hati. namun ada juga komen yang buat aku tertanya-tanya, iya ke? betul ke ni? alamak!

aku suka kena komen. S.U.K.A. sangat suka! sebabnya, dengan segala komen-komen tu kan, aku tahulah cerita macam mana harus aku tulis untuk menarik minat orang-orang yang membaca. iyalah kan, kawan-kawan aku ni (andalah!) kan macam-macam ragam, kan? kalau boleh ingin juga dipenuhi impian semua. seronok kalau dapat merealisasikan impian. betul ni!

okey...

dalam banyak-banyak cerpen, ada dua cerpen yang paling banyak dikomen. oh, bukan di blog ni tapi di penulisan2u. aku baru godek2 semalam. terharu seyyhh....

cerpen2 tu ialah...

1. kalau kuturutkan hati dapat 108 komen di sini dan
2. sampai bila dapat 94 komen di sini.

mungkin ada yang cakap, alah itupun nak kecoh ke sofi? hehe.... tentulah. walau tidak sehebat penulis-penulis lain yang dapat beratus-ratus komen lebih banyak dari aku tapi angka yang aku capai itu sesungguhnya memberi semangat untukku berkarya, okey!

ada yang belum pernah baca cerpen-cerpen tu?

masuk sini untuk baca sampai bila dan sinun untuk baca kalau kuturutkan hati.

happy reading yeah....

sofi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.