Langkau ke kandungan utama

Bila berjauhan

tentu ada di antara anda yang baru bertunang tetapi dipisahkan jarak. anda di bandar A sementara si tunang di bandar B. kata orang, jauh di mata, jauh juga dari hati menyebabkan anda atau tunang didekati yang lain. baca di bawah....
SAYA gadis berusia 26 tahun dan bekerja di Kuala Lumpur. Tahun lalu saya bertunang dengan jejaka pilihan keluarga. Masalahnya, saya mulai rapat dengan rakan sekerja saya. Dia sering menjadi tempat saya meluahkan perasaan apabila berselisih faham dengan tunang. Kami kerap berselisih faham kerana faktor jarak. Tunang di utara tanah air manakala saya di Kuala Lumpur. Saya mulai menyedari saya tertarik dengan rakan sekerja kebelakangan ini. Meskipun tidak pernah berterus terang menyukai saya, dia suka bergurau mengatakan saya isteri dia bila berurusan di luar pejabat. Gelagatnya yang spontan dan bersahaja ternyata membuat saya menyenanginya berbanding tunang kerana tunang lebih serius.
baca kisah di bawah pula. ini kisah kepincangan dalam rumah tangga bila suami isteri tinggal berjauhan....

SUAMI saya bekerja jauh di utara tanah air. Saya berasa risau kerana kini saya hamil mungkin selepas beberapa kali terlanjur dengan teman sekerja. Saya bimbang suami pasti mengesyaki saya curang terhadapnya kerana mengandungkan anak yang bukan hasil benihnya. Apakah tindakan yang perlu saya lakukan untuk menghadapi situasi ini? 
itulah natijah berjauhan. kata pepatah inggeris, 
OUT OF SIGHT, OUT OF MIND
dah tak ada dah 
ABSENSE MAKES THE HEART GROWS FONDER
tak ada! sebab itu, menurut seorang timbalan menteri dalam laporannya semalam, kadar perceraian meningkat daripada 22 ribu kepada 27 ribu. rujuk sini!

kesetiaan amat sukar dipertahankan bila cinta terlalu rapuh. bila berjauhan dan ada yang lebih memberi tumpuan, anda merasakan dia lebih baik, lebih sempurna daripada 'yang jauh itu. tidakkah mungkin disedari bahawa sebenarnya orang yang dekat hanya mengambil kesempatan?

bila berjauhan......
selalulah bertanya khabar
selalulah bersms
buatlah si dia rasa dihargai
kalau suami,
baliklah dengan lebih kerap
kalau baru bertunang,
lebih baik dipercepatkan majlis nikahnya
jangan ada kekosongan perasaan
jangan benarkan sesiapa mendekat
tapi....
semua harus dilakukan bersama-sama
dua-dua harus main peranan
dua-dua harus menunjukkan
rasa sayang
rasa ingin bersama...

berusahalah untuk kebahagiaan
kerana
bila berjauhan banyak dugaan...

Ulasan

  1. Assalamualaikum......Pada pandangan saya, perkara ini silap pada diri sendiri yg lalai, cuai dan tersasar...... Saya sendiri seorang isteri, 4 org anak, 2 sek men, seorang sek rendah dan yg kecik 6thn, tapi alhamdulillah, dah 4 thn suami akak kerja luar negara, hubungan kami isteri rapat malah lebih rapat sejak suami kerja jauh.....6 bulan sekali balik.....
    mmg tak boleh balik awal, .....dlm tempoh 6 bulan, baru boleh balik,....
    alhamdulillah......tak ada alasan untuk saling berhubung antara satu sama lain....Skype ada, Facebook ada, webcam lah...onlinelah.......

    BalasPadam
  2. @aqilah

    qilah kena bagi tips untuk mengekalkan hubungan nih.... 4 tahun hidup berjauhan. wahh..hebatnya anda. tahniah! semoga terus bahagia, ya!

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…