apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

28.5.11

Biar betul, Ji Sung ni??

pix_gal0

aku kan peminat bola, senang cakap, aku  peminat setia Man Utd. malam esok (pagi Ahad) MU akan jumpa Barcelona. semua orang tau tu, kan? acara kemuncak bola eropah.

as usual, tentu aku harap MU akan menang.

aku selalu gak tertanya-tanya, camne pemain bola di eropah ni kuat2 aje... boleh lari sepanjang game? sedang kalau tonton yang di sini, banyak berjalan daripada berlari.

kalau pemain barca tu, boleh fahamlah sebab diorang ditaja herbalife, kan... tapi pemain2 MU? siapa taja?

aku suka park ji sung. sebab dia lincah. sebab dia satu2nya pemain asia yang hebat bagi aku berbanding mana-mana pemain asia lain. dan tentunya kerana dia, satunya pemain asia dalam skuad MU, yang disegani...

bila tengok dia lari laju, pandai menyelit-nyelit, aku pun tertanya-tanya, dia ni makan ubat kuat apa? iyalah , takut kut dia ambik dadah pula... tak best laa , iya tak?  tapi... surprise, surprise... rupanya kelincahan itu kerana dia minum jus..... jus katak!!! aiksss......

baca bharian ini, hehe....

thanx

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.