apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

30.5.11

anda buta warna?

kita berkisah pula tentang buta warna. tahukah anda bahawa seseorang yang dilahirkan dengan masalah rabun warna bukan langsung tidak nampak warna? pandangan mereka bukan hanya hitam dan putih, ya! anda kena tahu itu! 
“Orang yang rabun warna hanya mempunyai pandangan warna berbeza daripada orang bermata normal. Orang sering menyangka rabun warna membuatkan penghidapnya nampak hitam putih saja dan itu adalah salah,” 
- Perunding Kanan Oftalmologi, ACS Eye Technologies Sdn Bhd, Dr Ang CS. 

Menurut Dr Ang, rabun warna mempunyai tiga kategori: 


Rabun merah dan hijau.
“Di belakang retina ada dua jenis sel, rod dan kon. Sel rod membolehkan kita melihat pada waktu malam, sel kon pula ada tiga jenis bagi membolehkan kita melihat warna dengan lebih jelas. Sekiranya mereka mengalami kecacatan genetik, bahagian sel kon berlainan sedikit. Jadi ini membuatkan sesetengah orang berbeza tahap penglihatan. Ada orang yang tidak kenal apa-apa warna langsung. Ada yang kenal warna merah dan hijau dan ada yang tidak mengenali biru dan kuning. Jika warna hijau dan merah terletak berdekatan, mereka tidak boleh membezakan warna berkenaan. Rabun merah dan hijau ialah rabun warna yang paling biasa,”  

Ujian yang biasanya dibuat oleh doktor ialah ujian mengenali warna dengan menggunakan lambang khas. Disebabkan hijau dan merah paling biasa, mereka akan ditunjukkan plat warna yang mempunyai campuran bintik dua warna berkenaan dan disuruh menyebut nombor yang tertera. 
“Selalunya orang rabun warna tidak akan dapat mengesannya. Ini cara pengesanan yang paling biasa dan sekiranya ia membabitkan kanak-kanak yang belum tahu membaca, ujian berbeza digunakan, mungkin menggunakan bentuk saja. Ada juga orang dewasa yang tidak tahu atau sedar mengalami masalah rabun warna sehinggalah mereka sendiri hairan apabila sering ditegur orang terdekat mengenai warna pilihan yang tidak kena. Kadang-kadang mereka menganggap ia sebagai kekurangan (kemahiran memilih warna) dan tidak tahu bahawa mereka sebenarnya mengalami masalah rabun warna. Sekiranya rasa ragu-ragu, elok buat pemeriksaan dengan doktor mata,” 
Mereka yang normal pun ada kalanya susah membezakan warna terutama jika ia membabitkan warna yang hampir sama seperti hijau dan biru atau merah jambu dan ungu. Orang yang rabun warna sebaliknya tidak dapat membezakan warna yang sangat jauh tonnya iaitu hijau dan merah atau biru dan kuning. 



Rabun warna tidak boleh diubati. Rabun warna ialah kejadian semula jadi dan diwarisi yang biasanya dialami oleh lelaki. Perempuan hanya boleh mendapat rabun warna sekiranya dia mewarisi kromosom X bapa yang rabun warna dan kromosom X ibu yang membawa genetik rabun warna, tetapi kes seperti ini sangat jarang berlaku. Jika anda rabun warna, jangan risau atau susah hati kerana kebanyakan orang yang rabun warna boleh melalui kehidupan seperti orang lain cuma mungkin mereka tidak boleh menyertai bidang yang menggunakan warna pada kerjaya contohnya juruterbang atau kerja yang perlu mencampur warna. Selain itu, individu rabun warna boleh melakukan semua pekerjaan. 


semoga info ini berguna untuk kita bersama. rujukan: sini.

4 ulasan:

  1. igt lg test2 ni dulu...time nk amek lesen kete ;)

    BalasPadam
  2. @Ashr

    so mata tu tentu sihat lah, kan?

    BalasPadam
  3. Dear Readers,

    Recently, Vision Care Optometry bring to Malaysian Community, Chromagen Lens for colour deficiency individuals. With affordable price, 'colour blind' individuals can get solution for their daily colour perception problem with FDA approved special tinted contact lenses.

    Optometrist at Vision Care Optometry will do assesment and diagnosis to determine the type of colour vision defect and prescribe suitable type of Chromagen Lens to our customer.

    Vision Care Optometry is located at Klang Valley, specifically at Wangsa Maju. Feel free to visit our blogs http://visioncareoptometry.blogspot.com for more information.

    Also can call us 0341431039/ 0122879044/ 0127499055 for more information or setup an appoinment to meet us

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.