Langkau ke kandungan utama

anda ada bisul?


ngeri tak tengok gambar tu? hmm, itulah bisul, penyakit yang sakit tapi kita tak berapa nak ambil kisah.


Bila anda ada  bisul atau benjolan yang bernanah, dan sukar nak baik, jumpa doktor cepat sebab anda mungkin diserang oleh Superbug.

SUPERBUG atau istilah perubatannya, methicillin-resistant Staphylococcus aureus (disingkat dengan MRSA) adalah bakteria yang kebal terhadap antibiotik kelas standard seperti penisilin, methicillin, dicloxacillin, nafcillin, oxacillin dan cephalosporins. Bakteria ini mudah merebak dalam luka yang terbuka dan boleh berkembang biak jika antibodi dalam badan dah tak kuat.




Bisul adalah jangkitan kulit yang biasa berlaku kepada kanak-kanak. Ia adalah nanah yang terkumpul dalam satu rongga yang sangat menyakitkan. Ia biasanya mengeras dan ada di sekeliling pinggang, belakang bahagian leher, pangkal peha, atas kaki, punggung dan di bawah ketiak. Kelompok bisul dipanggil pekung (carbuncles).

gejala untuk bisul ini hampir menyamai penyakit kulit yang lain seperti nanah di bahagian tengah bisul; keputihan, lelehan mengandungi darah daripada bisul berkenaan; kemerahan di sekeliling kulit yang dijangkiti, biasanya di ikuti rasa teramat sakit apabila disentuh.

gejala bisul pada pesakit yang dijangkiti MRSA pula adalah:
muncul benjolan merah kecil yang menyerupai jerawat, gigitan labah-labah, atau bisul yang mungkin disertai dengan demam dan kadang-kadang ruam. Dalam beberapa hari, benjolan menjadi lebih besar, lebih menyakitkan, dan akhirnya makin menyebar ke dalam, menjadi bisul yang penuh dengan nanah.

nak tahu? dalam beberapa kes, MRSA juga menyebabkan pesakit menjadi lumpuh.

Berbeza dengan abses atau bisul biasa, bisul akibat jangkitan MRSA ini sangat MENULAR!!!

Kerana MRSA kebal terhadap antibiotik standard maka, penderita harus mengambil antibiotik yang lebih kuat (biasanya Vankomisin atau Teicoplanin), yang selain harganya mahal juga memiliki efek sampingan terhadap kestabilan metabolisme dan kekebalan tubuh pesakit.

jadi, elaklah dari bisul.

caranya?
1. Jangan biarkan luka terbuka
2. Lekas berikan antiseptik bila terluka

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…