Follow Us @soratemplates

27.5.11

anak kecil itu bukan dibaham anjing, tapi anjing hendak selamatkan dia!

anda tentu dah baca entri ni. kalau x silap, aku dapat maklumat tentang kejadian tu dalam metro (lupa pulak link nyerr). tp kl tersilap lagi, entahlah pulak.

ni, ada seseorang yang hantar pada aku. bila baca, aku nak ucap terima kasih pada dia atas komen yang dibuat. kalau dia tak hantar, aku tak sedar pun!

KOTA KINABALU: Kanak-kanak lelaki tiga tahun yang mati 14 jam selepas ditemui dalam parit dengan muka tersembam dan berlumuran darah dengan kesan cakaran di Kampung Matan, Ranau, bukan mati akibat gigitan atau dibaham anjing. Sebaliknya, polis percaya berdasarkan laporan perubatan Mohd Raqib Mohd Rasili terjatuh ke dalam parit itu cuba diselamatkan anjing bapa saudaranya. 
Laporan bedah siasat juga mengesahkan kanak-kanak itu meninggal akibat lemas selepas terjatuh ke dalam parit sedalam setengah meter dalam kejadian jam 7.30 pagi kelmarin. Difahamkan, Mohd Raqib yang menghidap asma, mengalami kesukaran bernafas sebaik terperangkap di parit itu, menyebabkan kerosakan di otaknya kerana terputus bekalan oksigen. 

so, di sini eloklah kalau aku minta maaf kepada keluarga mangsa kerana menulis apa yang aku terima dalam laporan sebelum ini. dan kepada encik/cik anon yang telah membuka mata aku, thanx again. tapi, harap lain kali gunalah bahasa yang sedikit lembut, ya!

apa yang anon tu tulis? xper..... biarkan saja...

sumber: bharian.

thanx.

2 ulasan:

  1. ya allah! dekat sangat dgn kg aku tu. kat ranau kan? OMG! aku org ranau wat! kesian budak tue... apapun, takziah buat mereka sekeluarga! semoga allah bersama mereka! insya-Allah!

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.