apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

25.5.11

anak bertuah lagi.... haihhh


siapa sangka anak yang disayangi sepenuh hati sanggup buat macam ni? hanya kerana mak ayah suruh bersolat dan mengaji Quran, dia buat sesuatu yang tidak BOLEH  sama sekali dibuat oleh seorang anak. bacalah... 

KUALA LUMPUR: Hanya kerana menasihatkan anak lelakinya supaya mengerjakan solat dan membaca al-Quran, sepasang suami isteri berusia awal 50-an cedera ditumbuk dan ditendang pemuda itu di rumahnya di Batu 4, Gombak, di sini, kelmarin.

Difahamkan, pasangan suami isteri itu cedera di muka, kepala dan badan selepas dipukul lebih 15 minit oleh anak kesayangan mereka itu. 


Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, anak lelaki berusia 20 tahun itu dikatakan hilang pertimbangan selepas bapanya menasihatkannya supaya tidak meninggalkan solat dan selalu membaca al-Quran dengan memberi contoh anak jiran mereka. 


Menurut sumber, suspek yang bagaikan dirasuk hantu, tiba-tiba menyerang bapanya namun dihalang ibunya.



hancurnya hati ibu dan ayah, kan? kita yang baca metro pun tumpang sedih. ya ALLAH, semoga kau ubahkan hati anak ini menjadi manusia yang leih baik dan segera meminta ampun kepada kedua-dua orang tuanya. Amin.....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.