apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

19.5.11

anak, anak murid, pelajar U yang manja. salah siapa?

murid sekolah hari ini terlebih manja? ada bukti ke cakap macam tu? banyak? senaraikanlah....

semalam, hari paling sibuk dan bising di sekolah. pengumuman tentang siapakah di antara murid-murid sekolah yang bakal mendapat netbook sungguh mengujakan. riuh rendah dari kelas paling depan ke kelas paling belakang huhu...

sebaik senarai keluar, ewah ramai yang bergumbira. aku? aku cikgu, tengok ajelaa....

tertanya-tanya mengapa perlu diberi netbook ni? kalau diberi kepada murid kelas terpandai, x pe jugak ni, murid kelas belakang yang abc pun x leh baca, apa cer? 

jadi, aku beranggapan, murid hari ini terlalu dimewahkan. manja.... dahlah dapat buku teks free, uniform krs free, ni netbook free pulak. setimpal ke hasil yang diharapkan nnt? 

kita semua tahu yang anak kalau terlebih manja, hmm....susah nak dibentuk. samalah keadaannya kan dengan murid-murid ni. kalau bagi pada budak u, okeylah, sbb diorang mmg guna. haih..aku pun x faham, karang cakap lebih-lebih cakap anti pulak. 

sentuh tentang murid manja.........

DIBANDINGKAN kehidupan dan cabaran pelajar dulu dan sekarang, memang banyak perbezaan.

Jika dulu hanya berjalan kaki atau menaiki basikal, sekarang ada pengangkutan ke sekolah atau kereta yang menanti di depan rumah

jika dulu hanya menjamah makanan asas sebagai alas perut, kini dilambakkan pelbagai juadah hebat.


Mereka yang lebih bernasib baik dibekalkan dengan wang melebihi keperluan selain pelbagai gajet elektronik seperti telefon bimbit canggih dan komputer riba.

tapi, kesan buruk timbul apabila melihat jati diri dan semangat belajar mereka tidak sekental pelajar dahulu. Pencapaian pelajar hari ini juga tidak sehebat mana walaupun dikelilingi kemewahan yang tidak dimiliki pelajar generasi lama. Senario itu mewujudkan jurang ketara hingga membenarkan tanggapan pelajar hari ini terlebih dimanjakan hingga menyebabkan jati diri dan prinsip hidup menjadi lembik serta rapuh.

Apatah lagi, didorong sikap ibu bapa yang ‘menyogok’ anak-anak dengan pelbagai material atas alasan menutup rasa bersalah kerana pengukuhan kerjaya menjadikan keadaan semakin kronik.

Pelajar dulu perlu berusaha keras dengan kudrat sendiri bagi memenuhi keinginan, menjadikan mereka lebih berjaya meskipun dihambat kemiskinan. Ibu bapa memberi sepenuh kepercayaan kepada institusi pendidikan menjadikan anak mereka berjaya berbanding hari ini, mereka mudah melenting jika anak ‘disentuh’.

Di IPT, mereka melalui frasa pendidikan berlainan yang segalanya perlu bergantung pada diri sendiri. Malangnya, kerana sering terbiasa mewah dan manja, kebanyakannya gagal bertahan, banyak merungut atau menimbulkan masalah. Apatah lagi faktor persekitaran seperti rakan sebaya menjadi ancaman kuat, mereka mudah terpengaruh. Biarpun turut mempunyai kecenderungan dan kehendak serupa seperti rakan lain, mereka gagal mengawal diri kerana terlebih manja,

latar belakang keluarga bukan punca kerapuhan jati diri pelajar hari ini. Jangan berikan alasan latar belakang keluarga sebagai penyebab, namun keperluan perlu dilihat melalui cara didikan ibu bapa. Kebanyakannya salah memilih dan membiarkan diri terus hanyut mengikut arus kesenangan tanpa memikirkan implikasi masa depan. Akhirnya, mereka sukar keluar daripada kepompong lama untuk menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. Belajarlah untuk merasai kesukaran supaya tidak membebankan diri kelak.

sofi: berharap agar kemanjaan anak2 disertai rasa tanggungjawab. kalau salah, anak2 masih perlu dihukum. membiarkan bererti memusnahkan.

sekadar meluahkan....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.