Langkau ke kandungan utama

allergi ialah alahan?

PERNAH tak anda alami keadaan-keadaan ini? 
hidung berhingus, bersin teruk dan berulang, hidung tersumbat dan rasa gatal atau mata gatal dan merah (konjunktivitis) 

bila? 
dalam sehari? mungkin pagi, atau petang? 

kalau anda jawab ya, itu tanda anda mengalami rhinitis alergi (AR). 

apakah alergi?
Alergi adalah keadaan di mana sistem ketahanan tubuh bertindak balas secara berlebihan. Ia 
jarang menyebabkan kematian, tapi tetap memberi kesan dalam hidup manusia. pendek kata, 
alergi ialah sejenis gangguan yang wujud dalam pelbagai peringkat hidup.


tahukah anda?
Ada kemungkinan satu daripada tiga rakyat Malaysia menderita akibat penyakit ini membabitkan golongan muda?.

ramai yang tak tahu dan tidak menyedari alergi disebabkan kesan aktiviti harian mereka. 


Alergi merupakan suatu reaksi abnormal dalam tubuh yang disebabkan zat-zat yang tidak berbahaya. Pada orang normal, selalunya sentuhan atau kontak dengan allergen (benda yang menyebabkan allergi), tidak menimbulkan reaksi. tapi bagi yang tak tahan, alah, maka timbullah semua kesan yang disebutkan di atas tadi. 


Allergen masuk dalam tubuh dengan berbagai cara. melalui pernafasan, makanan, melalui suntikan atau timbul akibat bersentuh dengan kulit seperti; kosmetik, logam perhiasan atau jam tangan. 


Zat yang sering menyebabkan alergi: 
- Serbuk tanaman; jenis rumput tertentu; jenis pohon yang berkulit halus dan tipis; serbuk spora; penisilin; 
- seafood; telur; 
- kacang panjang, kacang tanah, kacang kedelai dan dan kekacang lainnya; 
- susu; 
- jagung dan tepung jagung;
- sengatan serangga 
- bulu binatang; debu dan kutu. 
- aditif pada makanan, penyedap, pewarna dan pengawet. 


Nak mengelak alergi? Apa perlu dibuat?


* jauhkan diri daripada alergen misalnya, kalau anda makan sotong, tetiba hidung anda gatal sesangat hingga jadi kemerah-merahan hingga ke dalam mata, maka jangan makan sotong. sampai bila? terserah! mungkin satu ketika nanti, bila anda mencuba memakannya semula, gejala itu hilang. jadi masa tu, anda dah tak allergik dah pada sotong. 


* Melakukan ujian alergi(boleh dibuat di hospital, kut?) dan melihat riwayat keluarga serta riwayat frekuensi serangan terjadi. Bila salah satu daripada orang tua menderita alergi, maka kemungkinan risiko penyakit tersebut diturunkan pada anak sekitar 25%­-30%. Sementara itu, bila kedua orang tua adalah penderita, maka risiko meningkat menjadi 60%­-70%. 


*       buat pemeriksaan fizikal. uji pada kulit. kalau gatal, bengkak dan rasa merenyam ke, hah itu tandanya anda alah kepada bahan itu. ini lebih merujuk kepada alat mekap. 


Mengatasi Alergi. 


Beberapa hal yang dapat dilakukan untuk mencegah terjadinya alergi.


* Menjaga kelembaban ruangan dengan mengatur sirkulasi angin dan udara.
* Menjaga kebersihan pakaian.
* membersihkan pekarangan dan memastikan tidak ada sampah dan air bertakung.
* jumpa doktor pakar dan melakukan ujian alergi untuk mengetahui allergen-allergen yang harus dihindari. 


Gejala yang mungkin terjadi akibat alergi adalah: 


- rasa gatal pada peti suara; gatal pada mulut; gatal pada mata; gatal pada kulit atau bagian tubuh lainnya; 
- sakit kepala; hidung tersumbat atau hidung berair; sesak nafas; kesulitan menelan; asyik bersin, 


ubat allergi? 
bergantung pada jenis alahan itu sendiri tapi kena ingat ya, ubat yang dimakan atau disapu  bukanlah menyembuhkan tetapi sekadar mengurangi gejala dan menghindari serangan yang lebih berat di masa yang akan datang. 


antara nama ubat allergi...


1. Antihistamin 
- dapat membantu meringankan berbagai gejala. 


2. High-Desert Aller Bee-Gone


harap info ini membantu

Ulasan

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…