apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

3.5.11

Alhamdulillah

berita ini terdapat dalam kosmo. asalnya, pemuda berusia 19 tahun ini seorang islam, namun entah bagaimana dia kemudian murtad kerana mengaku dirinya kristian (kalau ada sesiapa tahu kisah dia, share dengan kak sofi, okey!) dan alhamdulillah, kini dia sudah kembali ke pangkuan islam semula. semoga, Mohamad Fariz Ilham akan menjadi seorang muslim yang jauh lebih baik daripada sebelum ini. insya - allah.

Peluk Islam selepas murtad


KOTA BHARU - Seorang pelajar Diploma Seni Kulinari, Universiti Teknologi Mara cawangan Dungun, Terengganu yang sebelum ini mengaku menukar agama kepada Kristian, memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam bahawa dia sudah insaf dan kembali memeluk Islam.
Berikutan pengakuan itu, Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty memerintahkan Mohamad Fariz Ilham Mohd Zulkifli, 19, dari Pengkalan Chepa, bersembahyang jemaah di tempat pengajiannya serta melaporkan kehadiran kepada Imam masjid itu selama enam bulan, berkuat kuasa semalam.
Mohamad Fariz Ilham juga diarah melaporkan diri di Pejabat Agama Dungun setiap minggu, manakala pasport antarabangsanya diserahkan kepada mahkamah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.