apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

30.5.11

akibat mengugut bekas isteri...

Akibat melakukan dua ugutan jenayah terhadap bekas isterinya tahun lalu, seorang lelaki dikenakan denda RM7,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini. 

Wan Omar Wan Abu Bakar, 54, dituduh mengugut Marhaizan Mustaffa dengan sebatang kayu pada 5 Disember 2010, lebih kurang pukul 4 petang di PT 3265, Lorong 3C, Padang Tembak, Pengkalan Chepa di sini. Dia sekali lagi didakwa mengugut bekas isterinya itu menggunakan sebilah golok pada pada 16 Disember 2010, lebih kurang pukul 8.15 malam di Lorong Che Mat Baba, Jalan Merbau, di sini.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh yang didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, didenda RM3,500 dan jika gagal, penjara tujuh bulan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Sementara bagi kesalahan kedua pula, Majistret Nur Zakiyah Samsudin mengenakan denda RM4,000 atau sekiranya gagal menjelaskannya, dia akan dipenjara lapan bulan.

Pertuduhan ke atas kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Mohamad.
itulah, kan... dah elok-elok kahwin, pi cerai. ikut sangat hawa nafsu tu. bila dah bercerai, tak puas hati, ugutlah pulak. pelik kan pe'el manusia. masa ada tak dihargai. masa dah tak ada mulalah nak merayu. bila rayuan tak dilayan, ugut dengan kayu, dengan golok. malah ada yang sanggup baling asid. begitulah...bila iman semakin nipis!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.