apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

26.5.11

adaptasi novel

dah tahu ke belum? atas kejayaan beberapa novel yang diangkat jadi drama seperti trilogi cinta, mahupun nora elena... maka x lama lagi citer-citer berikut pun akan jadi drama aau telefilem juga. 

maklumlah, citer-citer terbitan alaf ni semua boleh dianggap sebagai box ofis... iyalah...dah di ulangcetak berkali-kali, kira novel hebatlah semua ni. 

tujuh novel tu ialah Jauh, Kau Untukku, Adam Dan Hawa, karya Aisya Sofea, Manisnya Cinta dan Bayangan Rindu (Anis Ayuni), Kau Yang Satu (Mia Azalea) serta Tiada Yang Kedua (Sania Yasmin). 

Penerbit Global Station, Datin Zaiton Muhd. Jiwa berkata, pemilihan novel ke kaca televisyen bukanlah perkara mudah kerana ia perlu diolah semula mengikut kesesuaian jalan cerita.
"Bagi pembaca novel, mereka sudah tahu jalan ceritanya tapi penonton televisyen belum, sebab itulah setiap novel ada penulis skrip yang akan mengolahnya. Walaupun ada penambahan bagi disesuaikan dengan format drama namun jalan cerita asal novel berkenaan tetap dikekalkan. Sebenarnya mengadaptasi novel ke layar kaca amat berisiko kerana orang akan membandingkan dengan karya asal," 
antara penulis skrip yang sudah dikenal pasti untuk menukarkan naskhah kepada skrip ialah Rozie Rashid. nama besar yang akan mengarah termasuk Erma Fatima, Osman Ali dan Feroz Kadir.
"Kami yakin drama yang diadaptasi daripada novel mampu menarik perhatian penonton. Sementara para pelakon akan dipilih berdasarkan kesesuaian watak kerana setiap drama mempunyai mesej dan jalan cerita berbeza. Pemilihan novel itu selain laris di pasaran, turut dilihat jalan cerita dan mesej yang terkandung dalam naskah itu," 
x sabar untuk tahu siapa bakal jadi adam untuk hawani dalam adam dan hawa. hero aisya sofea mesti ada lesung pipit, tau! hero mana ada lesung pipit kat malaysia ni? hehe...

memang semua citer tu best belaka.... nak tengok...

2 ulasan:

  1. tau xpe cikgu... hero malaysia ni jarang2 ada lesung pipit.. waaaa... rasa mcm takut lak nak tgk semua novel yg sy suka tu nak diadaptasikan.. takut hero and heroin tak kene ngn jiwa! hehehehehe

    BalasPadam
  2. betul ke ni? waaa....xsabar nak tgk sape jd fuad n adam...
    yuhuuuuu best!!!!

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.