Langkau ke kandungan utama

Abang mekanikku bakal jadi novel ke 3?

"Apa kenanya kamu ni, Aira? Macam baru lepas menangis aje?" soal Puan Sri Idayu sebaik memasuki bilik tidur anak perempuannya yang manja.

Aira tayang wajah sebak. Hati sedih ni....

"Aira?" si ibu sudah jemu menunggu jawapan.

Aira mendengus. "Memang sedihlah, mak. Sedih sampai tak boleh tahan dah! Terus nangis!"

Puan Sri menanti lagi.

"Pertama, Aira ingat Aira kahwin dengan Am. Rupa-rupanya.... bila jatuh katil, baru tersedar yang semua tu mimpi aje. Mak tahu tak, mimpi kahwin tu punyalah 'real!' siap naik pelamin, pakai baju pengantin, salam-salam lagi....adus! Sedih betullah.... Dahlah hanya mimpi aje, pastu jatuh katil pulak! Hati sakit! Badan sakit! Uwaa...."

Puan Sri tak tahu nak buat apa-apa lagi. Sedih juga bila mendengar keluhan Aira. tapi nak tergelak pun ada juga. Adham baru bercadang hendak masuk meminang, dia sudah berangan menikah. Hai laa.... macam-macam!
..................................

tu sedutan bab terbaru Abang Mekanikku. hehe.... tapi x dapatlah kak sofi nak uploadnya. sebab? owhh...sebab sedang bercadang untuk membukukannya, manalah tahu kot2 ada yg sudi nak publish, kan?

thanx pada yang setuju amk disambung dan insyaallah, kak sofi akan cuba buat yang terbaik dan termampu.

Ulasan

  1. suke la kak...
    tapi nak tunggu manuskrip tu...lama sangat...
    walau apa pun cdgn akak saya sokong

    BalasPadam
  2. hrmm bagus tue.. i pun setuju kalau novel tu dubukukan....

    panjang2 yer citer tu...

    BalasPadam
  3. nza, lom lg.. hehe
    insyaallah korro
    seed, sabar ajelah..hehe

    BalasPadam
  4. kak bagi konflik banyak sikit.... part dah kawin bagi adham tue jiwa jiwa sikit eceh..demand lak...

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…