Langkau ke kandungan utama

5 kaedah menukar KEGAGALAN menjadi KEJAYAAN menurut Irfan Khairi

Ramai orang yang bercita-cita tinggi mengharungi kehidupan dengan kegigihan dan impian yang mengagumkan.  Namun begitu, mereka tidak berjaya mencapai cita-cita mereka kerana mereka enggan mencuba pendekatan-pendekatan baru.
Ingat, tumpukan pada matlamat kita, jangan sekali-kali berpaling daripadanya. Tetapi jangan 'berdegil' dengan hanya bergantung kepada satu cara sahaja. Apabila pendekatan yang kita gunakan kini tidak mendatangkan hasil yang diharapkan, maka cuba pendekatan-pendekatan baru. Ia akan membezakan antara kegagalan dan kejayaan dengan 5 cara yang boleh kita gunakan sebagai panduan dalam menempuhi cabaran perniagaan;
  1. Gabungkan kegigihan dan kesanggupan mencuba perkara-perkara baru. Pastikan kita 'setia' pada matlamat kita tetapi jangan hanya 'setia' pada satu cara atau pendekatan. Kita perlu sanggup mencuba cara-cara dan pendekatan baru.
  2. Kaji kegagalan yang kita alami. Belajar daripada kegagalan itu supaya kita boleh berjaya pada lain kesempatan.
  3. Kita perlu berani bersikap kritis terhadap diri sendiri. Kenal pasti kelemahan kita dan ambil langkah-langkah spesifik mengatasinya. Dengan demikian, kita menonjolkan sikap seorang yang professional.
  4. Hentikan tabiat suka menyalahkan nasib. Kaji setiap kegagalan yang kita tempuhi dan kenal pasti punca kegagalan itu.
  5. Ingat, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Kenal pasti hikmah setiap cabaran yang membadai dan luputkan kekececewaan dari ingatan kita.
"minda kita hanya melihat atau menilai keadaan mengikut apa yang kita mahu lihat. Fokuskan pada aspek positif dan takluki kegagalan."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…