Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2011

kalau awak tahu....

kalau awak tahu,
apa ada dalam hati saya ni
tentu awak faham diri saya


kalau awak tahu,
kenapa saya marah-marah
tentu awak faham
bahawa marah bukan benci


kalau awak tahu,
apa yang saya rasa..
tentu awak faham
yang saya bukan pandai nak luahkan perasaan saya kat awak..
yang saya memang tak pandai nak luahkan sayang saya kat awak...


kalau awak tahu,
tiap perbuatan, tiap gerak geri, tiap bahasa tubuh ini
tentu awak faham
semua tu isyarat hati yang menyayangi


kalau awak tahu
macam mana saya ambil berat tentang awak..
macam mana saya risaukan awak...
macam mana saya luangkan masa untuk mendengar masalah awak..
tentu awak faham
betapa penting diri awak tu
dalam hidup saya


kalau awak tahu,
membilang tiap pengorbanan
membilang tiap kata sayang
membilang tiap keringat
membilang bisikan derita yang saya tanggung
tentu.....
awak tak buat saya begini
tentu...
awak tak biarkan saya terkapai-kapai sendiri


berfikir dan bertanya
ke mana perginya cinta
yang pernah terjalin
di antara kita.....


ya,
kalaulah awak tahu, kan?


sofi.


diceduk siki…

anugerah pilihan pembaca popular kembali lagi

tahukah anda bahawa berita harian menganjurkan anugerah pilihan pembaca popular? tentulah tahu, kan? 


antara novel yang terpopular sepanjang 2010 ialah 


1. Lafazkan Kalimah Cintamu (Siti Rosmizah), 
2. 2x5 (Areila Sahimi), 
3. Cinta Sufi (Ramlee Awang Murshid), 
4. Cinta 3 Suku (Herna Diana), 
5. Pergilah Air Mata (Hanni Ramsul), 
6. Masih Setia (Aisya Sofea), 
7. Coke & Sundae (Ilya Abdullah), 
8. Sepupuku Suamiku (Lynn Allyna), 
9. Saat Kau Kata Cinta (Anis Ayuni) 
dan 
10. Bukan Tak Sudi (Mimie Affinie). 


siapa pilihan anda? sabar2! vote hanya akan dibuka pada 3 jun, 2011. 


so undilah ya, jangan tak undi! 


aku? no 5 tu my favourite ngan no 9 ngan nombor... 


undi semua boleh tak? hehe... sebab semuanya memang my feveret....hehe...


selamat mengundi nanti, okey!



cerpen pilihan

apa yang paling menggembirakan aku? hehe...betul juga! anda peduli apa, kan? tapi, aku saja aje nak bagi tau. bolehlah, kan?
yang paling menggembirakan dan membahagiakan seorang penulis bernama ana sofiya ialah bila hasil tulisannya dibaca oleh ramai orang. dan dikomen dengan penuh semangat. hmm.... kadang-kadang komen-komen tu buat hati aku kecuttt jekk... pedas huhu..tapi ada yang komen bagi sejuk rasa hati. namun ada juga komen yang buat aku tertanya-tanya, iya ke? betul ke ni? alamak!
aku suka kena komen. S.U.K.A. sangat suka! sebabnya, dengan segala komen-komen tu kan, aku tahulah cerita macam mana harus aku tulis untuk menarik minat orang-orang yang membaca. iyalah kan, kawan-kawan aku ni (andalah!) kan macam-macam ragam, kan? kalau boleh ingin juga dipenuhi impian semua. seronok kalau dapat merealisasikan impian. betul ni!
okey...
dalam banyak-banyak cerpen, ada dua cerpen yang paling banyak dikomen. oh, bukan di blog ni tapi di penulisan2u. aku baru godek2 semalam. terharu seyyhh.…

lelaki oh lelaki

Saya kira dunia mungkin sudah sampai ke penghujungnya, sebab ramai suami orang Melayu beragama Islam zaman ini sudah tidak betah lagi hidup bersama isteri yang sah, sebaliknya lebih suka membiak dan membuang zuriat haram, kerana dia merasa lebih bahagia hidup dibuai mimpi indah sambil membelai bini-bini haram.Ya, di sana sini, kita dapat melihat keruntuhan rumah tangga yang kebanyakannya berpunca daripada sikap ketua keluarga itu sendiri. kalau kita perhatikan, masa kini, ramai sungguh lelaki yang 'kurang' bertanggung jawab terhadap isteri dan anak-anak. 


ada tu, lebih rela duduk di rumah, membiarkan isteri bekerja menyara keluarga. memasaklah dia, membasuh kain, seolah-olah dia isteri dan si isteri yang bekerja itu suami dia. protokol berubah.... 


ada tu, punya segala-gala, harta dan rupa. golongan ini sering menjadi dambaan wanita di luar. maka terjebaklah dalam kancah maksiat. lebih nikmat menguliti yang haram daripada yang halal dan setia di dalam rumah. 


ada tu pula, terjeba…

sirim beri amaran

setiap kali perayaan, pasti akan ada jualan murah. segala benda hendak dimurahkan, hehe... kain baju, tudung, barang kering, barang basah malah barangan elektrik serta produk telekomunikasi pun nak dilelong habis. 
kalau kain baju, tudung, susu, minyak, aku tak lah hairan sangat. biasalah, kan? tapi bila barang elektrik, ha.... tu, aku rasa macam....was-was sikit. dan keraguan aku terjawab bila sirim berhad bersuara. 
Pengguna terutama yang sedang membeli-belah di saat-saat akhir sempena Hari Gawai pada Rabu dan Khamis ini dinasihatkan berhati-hati dengan tawaran murah produk elektrik dan telekomunikasi yang belum disahkan tahap keselamatannya.
Sirim Berhad dalam satu kenyataan berkata, antara produk yang perlu diberi perhatian tentang tahap keselamatannya ialah periuk nasi elektrik, seterika, kipas angin, penyedut hampagas, pembakar roti, ketuhar, mesin pengisar, televisyen, pemain DVD atau VCD, soket dan lampu warna-warni. Bagi peralatan telekomunikasi, ia melibatkan telefon bimbit, al…

anda buta warna?

kita berkisah pula tentang buta warna. tahukah anda bahawa seseorang yang dilahirkan dengan masalah rabun warna bukan langsung tidak nampak warna? pandangan mereka bukan hanya hitam dan putih, ya! anda kena tahu itu! 
“Orang yang rabun warna hanya mempunyai pandangan warna berbeza daripada orang bermata normal. Orang sering menyangka rabun warna membuatkan penghidapnya nampak hitam putih saja dan itu adalah salah,” - Perunding Kanan Oftalmologi, ACS Eye Technologies Sdn Bhd, Dr Ang CS. 
Menurut Dr Ang, rabun warna mempunyai tiga kategori: 


Rabun merah dan hijau.
“Di belakang retina ada dua jenis sel, rod dan kon. Sel rod membolehkan kita melihat pada waktu malam, sel kon pula ada tiga jenis bagi membolehkan kita melihat warna dengan lebih jelas. Sekiranya mereka mengalami kecacatan genetik, bahagian sel kon berlainan sedikit. Jadi ini membuatkan sesetengah orang berbeza tahap penglihatan. Ada orang yang tidak kenal apa-apa warna langsung. Ada yang kenal warna merah dan hijau dan ada yang …

akibat mengugut bekas isteri...

Akibat melakukan dua ugutan jenayah terhadap bekas isterinya tahun lalu, seorang lelaki dikenakan denda RM7,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini. 
Wan Omar Wan Abu Bakar, 54, dituduh mengugut Marhaizan Mustaffa dengan sebatang kayu pada 5 Disember 2010, lebih kurang pukul 4 petang di PT 3265, Lorong 3C, Padang Tembak, Pengkalan Chepa di sini. Dia sekali lagi didakwa mengugut bekas isterinya itu menggunakan sebilah golok pada pada 16 Disember 2010, lebih kurang pukul 8.15 malam di Lorong Che Mat Baba, Jalan Merbau, di sini.
Bagi pertuduhan pertama, tertuduh yang didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, didenda RM3,500 dan jika gagal, penjara tujuh bulan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Sementara bagi kesalahan kedua pula, Majistret Nur Zakiyah Samsudin mengenakan denda RM4,000 atau sekiranya gagal menjelaskannya, dia akan dipenjara lapan bulan.
Pertuduhan ke atas kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Mohamad. itulah, kan... dah elok-elok kahwin, pi cer…

kerana lelaki

Kegagalan lelaki menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan ketua keluarga dikatakan menjadi punca utama peningkatan kes jumlah pasangan Islam yang bercerai berbanding pasangan bukan Islam di negara ini. kes pasangan Islam yang bercerai meningkat daripada 22,289 kes sepanjang tahun 2008 kepada 27,116 kes pada tahun lalu. Pakar Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali berkata, penemuan itu adalah hasil kajian yang dilakukan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). “Apabila suami gagal melaksanakan tanggungjawab dalam rumah tangga, kewujudannya tidak lagi dianggap penting, malah ada isteri yang menganggap ketiadaan suami bukan lagi satu beban tetapi rahmat,’’ katanya ketika dihubungi semalam. kekurangan ilmu rumah tangga dan perkahwinan selain kecenderungan niat tidak tepat untuk berkahwin turut menyumbang kepada perceraian. - dalam kosmo dapatkah anda menafikannya wahai lelaki? bagi aku, bukan bias, ya... tapi inilah kebenaran yang pahit.  rata-rata, di mana-mana …

membina sikap positif

bila kita ditanya apakah kehidupan masa depan yang kita hendak, selalunya kita akan jawab.... kita nak jadi orang yang berjaya. iyalah...siapa yang nak hidup yang gagal, kan?

jadi, untuk jadi orang yang berjaya, kita haruslah ada usaha ke arah kejayaan itu. dan, untuk usaha itu pula, sikap mesti dipositifkan. minda mesti diasuh untuk berjaya dan bukan untuk gagal.

ada 10 petua untuk kita membina sikap positif

1. fikirkan cara untuk berjaya setelah anda tetapkan hati untuk memiliki masa depan yang gemilang.

2. lakonkan watak orang berjaya - tentu dia seorang yang rajin, gigih, dedikasi.... so anda juga harus begitu.

3. serlahkan penampilan diri yang positif - biar orang nampak betapa konfidennya diri anda... konfiden ya! bukan sombong, tau!

4. cari kawan-kawan di kalangan orang-orang yang berjaya - contohi kejayaan mereka tanpa perasaan hasad dengki

5. pastikan semangat anda untuk berjaya sentiasa membara

6. fokus - maksudnya tumpuan anda mesti 100% untuk berjaya

7. ingati kejayaan lam…

Bila berjauhan

tentu ada di antara anda yang baru bertunang tetapi dipisahkan jarak. anda di bandar A sementara si tunang di bandar B. kata orang, jauh di mata, jauh juga dari hati menyebabkan anda atau tunang didekati yang lain. baca di bawah.... SAYA gadis berusia 26 tahun dan bekerja di Kuala Lumpur. Tahun lalu saya bertunang dengan jejaka pilihan keluarga. Masalahnya, saya mulai rapat dengan rakan sekerja saya. Dia sering menjadi tempat saya meluahkan perasaan apabila berselisih faham dengan tunang. Kami kerap berselisih faham kerana faktor jarak. Tunang di utara tanah air manakala saya di Kuala Lumpur. Saya mulai menyedari saya tertarik dengan rakan sekerja kebelakangan ini. Meskipun tidak pernah berterus terang menyukai saya, dia suka bergurau mengatakan saya isteri dia bila berurusan di luar pejabat. Gelagatnya yang spontan dan bersahaja ternyata membuat saya menyenanginya berbanding tunang kerana tunang lebih serius.

yang pelik-pelik tentang lady gaga

kenapa orang suka dia?  peminatnya di twitter yang bergelar monster dah cecah 10 juta orang.  tu menunjukkan yang dia ni teramatlah d popular nyerrr mungkinkah kerana dia pakai yang begini-begini? atau begini?

Ganti pampers anak.....

Harga susu dan pampers untuk anak-anak sudah naik. Jiran sebelah rumah yang mempunyai anak kecil yang banyak menggunakan pampers selalu mengeluh. Satu plastik pampers yang harga RM50 hanya tahan 10 hari sahaja. 
Bagi yang rajin menggunakan kain lampin, terpaksa membasuh. tapi sekarang ni hujan tak menentu masa. mana lampin kain nak kering, kan? jadi, mahu x mahu kena juga beli pampers huhu...
Jadi aku dapat satu idea. pembaca yang mempunyai anak kecil boleh menggunakan kaedah ini supaya dapat menjimat kos membeli pampers serta dapat menyimpan sedikit wang untuk perbelanjaan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang. Boleh cuba menggunakkan cara ini untuk menjimat kos.
Hanya guna cawan dari kertas...pasti menjimatkan.  Disyorkan untuk anak lelaki sahaja!  Untuk anak perempuan tunggu aku cari idea baru nanti!.  Kalau pembaca ada idea baru boleh emailkan.

hehe.... jangan marah....
thanx: sidia

dah cucuk mata pulak!

harap-harap, ini berita betul..huhu... TELUK INTAN - Masa depan seorang murid lelaki Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Sungai Lampam dekat sini kabur apabila mata kanannya dikhuatiri buta akibat dicucuk dengan pensel mekanikal oleh rakan sekelasnya kelmarin. Dalam kejadian pada pukul 10 pagi itu, Mohd. Saiful Nizam, 10, mendakwa dia dibuli sekumpulan rakan sekelasnya sebelum mata kanannya dicucuk dengan pensel. Menceritakan semula kejadian itu, Mohd. Saiful yang merupakan seorang pendiam berkata, sebelum kejadian dia yang berjalan menuju ke kelas selepas tamat waktu rehat sesi pagi ditahan sekumpulan rakan. "Mereka minta saya melakukan sesuatu tetapi saya tidak mahu dan terus masuk ke dalam kelas. Semasa berada dalam kelas, mereka pegang tangan dan kaki saya sementara salah seorang daripada mereka ambil pensel mekanikal dan cucuk mata saya," katanya ketika ditemui di Hospital Teluk Intan di sini semalam. Mohd. Saiful mendakwa, selepas kejadian itu dia mengerang kesakitan sebelum dib…

Biar betul, Ji Sung ni??

aku kan peminat bola, senang cakap, aku  peminat setia Man Utd. malam esok (pagi Ahad) MU akan jumpa Barcelona. semua orang tau tu, kan? acara kemuncak bola eropah.

as usual, tentu aku harap MU akan menang.

aku selalu gak tertanya-tanya, camne pemain bola di eropah ni kuat2 aje... boleh lari sepanjang game? sedang kalau tonton yang di sini, banyak berjalan daripada berlari.

kalau pemain barca tu, boleh fahamlah sebab diorang ditaja herbalife, kan... tapi pemain2 MU? siapa taja?

aku suka park ji sung. sebab dia lincah. sebab dia satu2nya pemain asia yang hebat bagi aku berbanding mana-mana pemain asia lain. dan tentunya kerana dia, satunya pemain asia dalam skuad MU, yang disegani...

bila tengok dia lari laju, pandai menyelit-nyelit, aku pun tertanya-tanya, dia ni makan ubat kuat apa? iyalah , takut kut dia ambik dadah pula... tak best laa , iya tak?  tapi... surprise, surprise... rupanya kelincahan itu kerana dia minum jus..... jus katak!!! aiksss......

baca bharian ini, hehe....

tha…

anak kecil itu bukan dibaham anjing, tapi anjing hendak selamatkan dia!

anda tentu dah baca entri ni. kalau x silap, aku dapat maklumat tentang kejadian tu dalam metro (lupa pulak link nyerr). tp kl tersilap lagi, entahlah pulak.

ni, ada seseorang yang hantar pada aku. bila baca, aku nak ucap terima kasih pada dia atas komen yang dibuat. kalau dia tak hantar, aku tak sedar pun!

KOTA KINABALU: Kanak-kanak lelaki tiga tahun yang mati 14 jam selepas ditemui dalam parit dengan muka tersembam dan berlumuran darah dengan kesan cakaran di Kampung Matan, Ranau, bukan mati akibat gigitan atau dibaham anjing. Sebaliknya, polis percaya berdasarkan laporan perubatan Mohd Raqib Mohd Rasili terjatuh ke dalam parit itu cuba diselamatkan anjing bapa saudaranya. 
Laporan bedah siasat juga mengesahkan kanak-kanak itu meninggal akibat lemas selepas terjatuh ke dalam parit sedalam setengah meter dalam kejadian jam 7.30 pagi kelmarin.Difahamkan, Mohd Raqib yang menghidap asma, mengalami kesukaran bernafas sebaik terperangkap di parit itu, menyebabkan kerosakan di otaknya kerana…

lawak untuk yang suka berkebun di ???

meh kita tenangkan fikiran kita sebelum solat maghrib.

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."

Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..."
(dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."

Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"

Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."

Rahmat : "?????"

sofi thanks ceritalucu

habis manis sepah dibuang

mudahnya melafaz cinta
mudah juga melafaz kata.......
perpisahan......

mereka berkahwin lapan tahun dulu. cerita dalam kain mereka, tidak usah kita ambil tahu tapi kalau tidak ada rasa cinta, masakan mereka boleh bersatu, iya tak?

entah di mana silap, dengan isteri baru lepas pantang, si suami menghantar sms beracun...... 'melepaskan isteri' atau dalam kata mudah... menceraikan isteri dan kini diorang dah sah bercerai dengan talak satu.

umur isteri baru 31 tahun tapi... itulah! agaknya manisnya dah habis kan? sebab tu sepahnya dibuang. malang sungguh nasib seorang bernama perempuan. masa cinta, nak kawen semuanya ikut adat! tapi bila dah tak suka....tu dia, sms aje cakap aku nak ceraikan kau. adus!

tapi, sekali lagi, cerita ini baru didengari daripada pihak bekas isteri. kita kenalah adil.... x boleh terus nak marah si suami, indra putra, pemain bola tu. siapa kita nak marah-marah sedangkan hal jodoh pertemuan ni urusan Dia kat atas sana, kan?

apa-apa pun, semoga kedua-duanya…

kejap lagi tupai akan jatuh ke tanah

assalamualaikum....
sila baca dulu n3ini sebelum anda langsung membaca bait-bait di bawah:-

alhamdulillah, sudah ada yang peka dengan segala pendedahan yang dibuat oleh pelbagai golongan maya di malaysia. terbaru, ABIM turut menyuarakan kebimbangan.
Selepas beberapa isu menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mendakwa perkara itu wujud semula dengan kewujudan sebuah laman blog secara terang-terangan menghina agama Islam dan penganutnya. Blog itu yang dikenali sebagai “Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara” itu turut menggunakan slogan “Toksah terpedaya oleh tipu muslihat babi Muhammad yang tidak waras tu!” — secara terang-terangan menghina agama Islam. The Malaysian Insider difahamkan blog itu telah wujud sejak awal minggu ini dan ia juga boleh didapati di laman Facebook dengan menggunakan profil ‘Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara’ atau laman blognya http://makcikhajjahsittalwuzara2u.wordpress.com/.
Allah Maha Kaya. Dia yang menciptakan, Dia juga boleh mem…

diabetes dan risikonya

hmm, nyum, nyum! sedapnya, kan? yang manis-manis saja.... aw!
anda mengidap diabetes? di malaysia, ada lebih kurang seramai 1.4 juta pada tahun 2006 dan meningkat kepada 1.8 juta pada tahun 2010. ramainyerrr.....
diabetes ada dua jenis, jenis 1 dan jenis 2.
diabetes jenis 1 ialah diabetes remaja an jenis 2 ialah yang lebih umum.
diabetes jenis 1 
- penyakit yang melibatkan pankreas di mana tubuh menghancurkan sel B-nya sendiri dan pankreas tidak boleh lagi membuat insulin (pankreas pesakit itu langsung tidak berfungsi),. Tanpa insulin untuk memindahkan glukosa ke dalam sel-sel tubuh, glukosa duduk dalam aliran darah dan tahap melambung.  - Tanda-tanda dan gejala biasanya muncul terutama haus, lapar, buang air kecil yang berlebihan dan kelelahan.  - jenis ini lebih sering terjadi pada orang di bawah 30 dan sering muncul di masa kanak-kanak. Onset puncak adalah 11-13 tahun.  - Insulin suntikan yang diperlukan untuk sisa hidup pesakit. Ini boleh sangat sulit bagi seorang anak yang sedang berjuan…

kenapa bela anjing?

terima kasih kepada mel atas jeritannya di shout box sofi:
melsalsm.cikgu maaf.. sy ingin menegur.. tiada hukum HARAM dalam menyentuh anjing.. cumanya sekiranya kita sentuh anjing dalam keadaan bsh mka prlu smak.setiap yang disuruh atau ditegah Allah kita melakukan, tentulah bersebab. dan ini contoh mengapa anjing itu diharamkan bagi kita. najis berat tu!!

aku tengok nama anak malang ni ialah mohd raqib mohd rasli. dah ada mohd di pangkal nama, tentulah islam.... ini agak akulah! tapi, yang buat aku sedikit keliru ialah... mengapa anak itu boleh dibenarkan bermain dengan anjing? anjing bukan kucing, kan? anjing bukan mainan (pet) untuk umat muhammad saw. kalau nak bela sangat binatang ni, belalah... tapi kena pastikan betul-betul hukum islam dipatuhi. malah kalau tersentuh kulit (lembap/ basah), wajib basuh dengan air tanah sekali dan air mutlak 6 kali. samak....

baca kisah menyayat hati di ranau ini....
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang girang menyambut hari lahirnya…

lelaki... jangan senyum sangat!

Kajian Persatuan Psikologi Amerika yang diterbitkan semalam dalam jurnal Emotion, menunjukkan,  lelaki yang gemar tersenyum kurang menarik pada pandangan wanita.
Jadi, jika anda seorang lelaki dan anda minat kepada seorang wanita serta anda mahu memikatnya, jangan terlalu banyak tersenyum. sebaliknya lebihkan termenung serta menunjukkan sifat kemalu-maluan. Menurut kajian, wanita menganggap lelaki yang riang kurang daya tarikan seks berbanding lelaki memaparkan sikap berbangga atau membayangkan pernah berbuat salah.

hargai suami, tau.. dia dah banyak berkorban untuk anda...

anda sayang suami anda, kan? kalau masih ragu-ragu, baca ni. tengoklah betapa banyak yang dia dah korbankan untuk anda.....


1. KAIN, kain lebih banyak ukurannya untuk buat baju kurung isteri daripada seluar suami. Suami sanggup beli kain yang banyak untuk isteri.

2.MESIN basuh/mesin parut kelapa/mesin jahit/blender/ oven/dan macam2 lagi mesin kat rumah, semuanya suami lebih rela tak pakai, semuanya ikhlas bagi isteri guna.

hiperhidrosis.

apa dia hiperhidrosis?
hiperhidrosis ialah satu keadaan bila mana badan kita mengeluarkan peluh secara berlebihan. misalnya kita banyak berpeluh masa hari yang sejuk atau banyak peluh kita keluar di bahagian-bahagian seperti tapak tangan, kaki dan bawah lengan. ini satu keadaan abnormal dan hiperhidrosis.ialah nama penyakit itu.

Menurut Perunding Pakar Bedah Cardiovascular dan Thoracic, iHEAL Medical Centre, Kuala Lumpur, Dr. David Khoo Sin Keat, hiperhidrosis berlaku hampir dua peratus daripada jumlah penduduk dunia. Katanya, bagi sesiapa yang menghadapi masalah tersebut, mereka perlu memberi lebih perhatian kerana secara tidak langsung ia menunjukkan wujudnya masalah kesihatan pada tubuh anda. 'Fenomena peluh berlebihan ini merupakan satu jenis penyakit kerana ia tidak terjadi kepada semua orang. Lazimnya, pesakit tidak sedar mereka menghadapi masalah ini sehinggalah ia mendatangkan masalah kepada mereka sehingga menyukarkan untuk melakukan pekerjaan. Dalam hal ini, peluh berlebiha…

adaptasi novel

dah tahu ke belum? atas kejayaan beberapa novel yang diangkat jadi drama seperti trilogi cinta, mahupun nora elena... maka x lama lagi citer-citer berikut pun akan jadi drama aau telefilem juga. 
maklumlah, citer-citer terbitan alaf ni semua boleh dianggap sebagai box ofis... iyalah...dah di ulangcetak berkali-kali, kira novel hebatlah semua ni. 
tujuh novel tu ialah Jauh, Kau Untukku, Adam Dan Hawa, karya Aisya Sofea, Manisnya Cinta dan Bayangan Rindu (Anis Ayuni), Kau Yang Satu (Mia Azalea) serta Tiada Yang Kedua (Sania Yasmin). 

anda kenal wanita ini?

anda kenal wanita ini? dia menggelarkan dirinya Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara. dan nama blog dia juga sama Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara. lihatlah apa yang telah dilakukannya kepada Islam . lihatlah penghinaan yang diberi kepada Nabi Muhammad SAW. Kawan-kawan, manusia bernama Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara ini sangat kurang ajar!
di bawah ini aku petik daripada komen-komen yang banyak di blognya itu: bacalah...
myname8:02 pm on May 23, 2011Permalink | Reply - kau mengaku islam…tapi mengapa kau mencaci islam?

anak bertuah lagi.... haihhh

siapa sangka anak yang disayangi sepenuh hati sanggup buat macam ni? hanya kerana mak ayah suruh bersolat dan mengaji Quran, dia buat sesuatu yang tidak BOLEH  sama sekali dibuat oleh seorang anak. bacalah... 
KUALA LUMPUR: Hanya kerana menasihatkan anak lelakinya supaya mengerjakan solat dan membaca al-Quran, sepasang suami isteri berusia awal 50-an cedera ditumbuk dan ditendang pemuda itu di rumahnya di Batu 4, Gombak, di sini, kelmarin.
Difahamkan, pasangan suami isteri itu cedera di muka, kepala dan badan selepas dipukul lebih 15 minit oleh anak kesayangan mereka itu.