apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

18.4.11

tamo nugget, sosej mahupun nasi lemak di sekolah lagi dah!


ni pemandangan biasa di kantin-kantin sekolah. menjual nugget, sosej, snack...alahh...biasa aje tu! malah ada pengusaha kantin sekolah yang menyewa mesin air berkarbonat semata-mata kerana anak-anak sekolah suka minum air dalam tin yang pelbagai rasa, berbagai-bagai jenama. sedap dan manis-manis...yummy!!

tapi, semalam dengan kerasnya! dengan tegasnya, menteri kesihatan cakap,
"No, no more...!!! Stop!! Kita tidak akan benarkan lagi mana-mana kantin sekolah menjual makanan yang tidak berkhasiat ini. malah, nasi lemak pun hanya boleh dijual..... seminggu sekali sahaja!"
Opps, mungkin, lebih kurang begitulah ujarnya, kan? ayat kat atas tu, aku yang reka. tapi, berita penuhnya ada di bawah ini. bacalah!

SUBANG JAYA - Kerajaan menguatkuasakan serta-merta larangan penjualan makanan dan minuman tidak berkhasiat khususnya yang mengandungi gula serta garam berlebihan di kantin sekolah di seluruh negara. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika mengumumkan perkara itu semalam menegaskan, pengusaha kantin juga hanya dibenarkan menjual nasi lemak sehari dalam seminggu.
"Peraturan melarang penjualan makanan tidak berkhasiat ini termasuk air bikarbonat bukan sahaja melibatkan pengusaha kantin tetapi juga penjaja lain di sekitar kawasan sekolah,'' 
aku sokong aje. memang makanan tu semua tak baik untuk kesihatan dan sepatutnya, dari dulu lagi ia sudah dihalang daripada dijual. tapi apa alternatif lain untuk anak-anak kita? diorang nak makan apa nanti? 

banyak! buatlah nasi putih dengan sayur-sayur yang dimasak dengan baik seperti rebus dan kukus. tapi, soalnya, budak-budak suka makan sayur ke? huhu...

tidakpun, banyakkan jual buah-buahan yang dipotong seperti betik, limau, tembikai. buat rojak buah pun bagus juga. lebih berkhasiat, gitu. 

oh ya, kenapa gamaknya tetiba menteri kesihatan menjadi sangat 'alert' dengan apa yang dijual di kantin sekolah? ermm, jawapannya ialah...
kat malaysia sekarang ni, bilangan anak-anak sekolah yang dalam kategori 'obes' adalah menakutkan!
so, kalau anda sayang anak anda, sokonglah apa yang disyorkan menteri kesihatan ini, k!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.