Follow Us @soratemplates

1.4.11

suami jual rumah, isteri dan anak-anak merempat.

seorang suami bila dia sedang gilakan pucuk muda, memang payah hendak diajak berunding. silap-silap....kaki tangannya mahu naik ke atas muka atau tubuh badan isteri dan anak-anak. dia lupa segala-galanya. yang indah di matanya saat itu hanya cinta palsu berpaksikan nafsu.

M berkahwin dengan seorang lelaki kaya dan tinggal dalam rumah banglo. mereka ada dua anak namun suaminya berubah dan sanggup menipunya dengan menjual rumah itu. anda bacalah kisah menyayat hati di bawah. moga-moga boleh dijadikan iktibar.

Kononnya, mereka sekeluarga akan berpindah ke kondominium baru dibeli setelah menjual banglo mereka. Rupa-rupanya ‘perpindahan’ itu hanya dusta kerana sebenarnya suami dan kekasihnya yang mendiami kondominium berkenaan. M terpinga-pinga kerana suami tidak pernah berbincang untuk menjual banglo berkenaan. Sebaliknya, suami meminta dia mengemas barangan dan segala peralatan dengan alasan kondominium lebih selamat diduduki bersama anak-anak yang masih kecil. Hakikatnya, rumah yang baru dibeli itu bukan untuk dia dan anak-anak, sebaliknya mengakui kediaman itu bakal didiami bersama bakal isteri baru.
“Bayangkan saya sudah memesan lori untuk mengangkut semua barangan dari rumah lama tetapi apabila suami kata rumah itu untuk dia bersama isteri barunya, saya terduduk dan tidak mampu berkata apa-apa.
aya meraung mengenangkan nasib diri dan dua mulut yang hendak disuap tanpa wang atau makanan kerana selama ini saya hanya suri rumah sepenuh masa. Dalam keadaan terpinga-pinga di luar rumah banglo yang sudah dijual itu, tiba-tiba pembeli rumah yang turut berpindah pada hari itu juga bertanya kepada saya ke mana hendak pindah. Saya ceritakan yang kami bertiga tiada arah tujuan kerana tidak sangka dipermainkan bekas suami. Kerana kasihan, wanita itu mempelawa saya duduk di rumah pangsanya yang kosong sebab tidak tahan melihat kami anak-beranak hilang kawalan ketika itu.” 
Demi sesuap nasi, dia memohon pekerjaan dalam apa juga bidang yang menjanjikan rezeki halal terutama buat dua anaknya.
“Oleh kerana tiada wang, saya meminta bantuan Jabatan Bantuan Guaman kerana melalui peguam sebelumnya tidak dapat membantu menyelesaikan kes memandangkan saya tiada wang mencukupi untuk memfailkan kes. Entah di mana silapnya tetapi yang nyata, kes saya berakhir begitu saja tanpa sebarang keputusan. Oleh kerana terlalu kecewa dengan keadaan itu, saya langsung malas untuk berurusan di mahkamah walaupun tahu hak anak-anak perlu diperjuangkan.”
Sekali lagi dia dilanda peristiwa sedih apabila anak sulungnya terbabit dalam kemalangan jalan raya tiga tahun lalu sehingga koma hampir dua bulan.
“Seorang rakan karib yang membayar bil hospital dan tanggungan yang lain kerana kasihankan saya. Sedih keran bila suami diberitahu, dia kata yang dia hanya ada dua anak iaitu anak angkat bersama isteri sekarang sahaja."
kini M berniaga kecil-kecilan.

itulah nasib seorang wanita bila bersuamikan seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab. semoga M tabah meneruskan kehidupan. tentang lelaki s*** itu, biar Allah sahaja yang menghukuminya.

2 ulasan:

  1. kasihannya.. :( dugaan masing2, bahagian masing2..dugaan kita apala pula nnti

    ozzy

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.