Langkau ke kandungan utama

seronok ada peminat macam dia, kan?


aku ingat aku sorang aje minat sharifah aini...huhu... rupa-rupanya kalau hendak dibandingkan dengan lelaki ini, cara aku minat ni boleh kata biasa-biasa aje. alah..setakat tahu lagu-lagu nyanyiannya, setakat tahu sikit kisah hidupnya, pernah ada gambar dia, bukan boleh diiktiraf sebagai peminat unggulnya. maluu... hik hik hiks!

anda kenal ke kak pah? datuk sharifah aini, penyanyi bersuara lunak yang tidak ada sepertinya. kenal? laa..memanglah dah tua tapi masih seorang yang sukar ditandingi bakatnya.

okey, ni kisah peminat tegar kak pah.

LAGU Kisah Yang Terjadi kerap diputarkan di radio sekitar tahun 1975. Terpesona dengan keindahan lirik dan melodinya menjadikan lagu itu pencetus buat Muhammad Shaiffudin Sarif untuk meminati biduanita negara, Datuk Sharifah Aini. Meskipun ketika itu Shaiffudin baru berusia lapan tahun, namun dia tahu, Sharifah Aini adalah orang yang paling layak untuk berada di dalam hatinya sebagai idola.


Cerita pemuda berusia 45 tahun itu, dahulu, minatnya terhadap penyanyi lagu Seri Dewi Malam itu terpaksa disembunyikan daripada pengetahuan ramai terutama keluarga. Semuanya kerana dia segan untuk memberitahu bahawa wanita yang sering dikenali sebagai Kak Pah itu adalah penyanyi kesayangannya.
“Bayangkan, segala gambar, keratan akhbar atau majalah berkaitan Kak Pah saya simpan bawah tilam atau di mana-mana sahaja tempat tersorok. Masa itu budak-budak lagi. Segan nak mengaku. Tetapi sekarang lain. Sebut apa sahaja. Konsert Kak Pah di semua lokasi saya pergi. Album dia semua saya ada, gambar-gambar dia, jangan cakaplah, berlambak-lambak ada dalam simpanan,” 
Menurut Shaiffudin, koleksi paling berharga dalam simpanannya selain piring hitam adalah gambar-gambar Kak Pah dari awal pembabitannya dalam bidang seni termasuk beberapa keping gambar penyanyi itu semasa kecil. Layak dipanggil peminat tegar Kak Pah, Shaiffudin turut mengaku menyimpan kenangan bersama penyanyi bersuara merdu itu. Antaranya, dia pernah dipelawa menaiki kereta bersama Sharifah Aini dalam perjalanan pulang selepas selesai menonton konsert penyanyi itu sekitar tahun 1998.
“Sungguh tak sangka, seorang diva seperti dia tak kisah hendak menumpangkan seorang peminat seperti saya menaiki keretanya sampai ke luar pintu pagar. Nampak yang dia tak meninggi diri meski sudah bergelar biduanita negara. Di dalam kereta sempat kami berbual-bual sebentar. Itulah pengalaman manis sepanjang saya meminati Kak Pah,” 
Ditanya keistimewaan Kak Pah pada matanya, jelas Shaiffudin, selain personaliti yang menarik, bakat Kak Pah sebagai penyanyi juga unik dan lain daripada yang lain.
“Kalau dia menyanyi, sebutan setiap perkataan dalam nyanyiannya jelas. Tak seperti artis lain. Selain menyanyi, dia pun berbakat dalam bidang lakonan. Saya juga suka pada sepasang mata yang dimiliki Kak Pah. Cukup cantik!” 
Sukar membuat keputusan lagu yang benar-benar menjadi kesukaannya, kata Shaiffudin, kebanyakan lagu Kak  Pah cukup istimewa di hatinya. Berani bertaruh bahawa tiada artis lain setanding Kak Pah, akui Shaffudin, dia akan terus meminati idolanya itu sehingga ke akhir hayat.
“Datanglah Siti Nurhaliza atau Erra Fazira ke, hati saya tetap pada Sharifah Aini. Dia memang superstar sebenar,” 
Muhammad Shaiffudin Sarif  bercita-cita mahu membuat pameran koleksi Kak Pah kepada umum.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…