Follow Us @soratemplates

24.4.11

khas buatmu siti nur shuhada chong abdullah

maafkan aku, kawan... bukan aku sengaja menyepi. bukan aku sengaja tidak menghiraukan, bukan sengaja tidak mempedulikan....

sebenarnya aku tidak menyedari kewujudanmu sehinggalah aku membuka peti emelku yang sepi ini...

shuhada,

maafkan kak sofi. selepas lebih sebulan, ini kali pertama kak sofi buka emel dan menemui suratmu. 

kepada anda, rakan-rakan yang lain, bacalah...

salam Cikgu, terlebih dahulu, saya ingin memperkenalkan diri saya. Saya adalah salah seorang peminat novel Cikgu. Tahniah kerana telah berjaya menyiapkan novel "Tak Mampu Ku Hindari" dan telah pun diterbitkan.Sebenarnya tujuan saya menghubungi Cikgu adalah untuk memohon jasa baik Cikgu untuk emailkan novel yang telah Cikgu siapkan itu kepada saya. Sudah tentu Cikgu rasa hairan kan? Sepatutnya saya boleh beli saja novel itu di mana-mana gedung buku. Tetapi sedihnya kerana saya mampu beli tetapi tidak dapat untuk membacanya. Untuk makluman Cikgu, saya adalah seorang yang cacat penglihatan. Jadi, kalaulah novel dalam bentuk "soft copy", saya masih boleh mendengarnya dengan menggunakan software khas yang dapat bersuara/membaca perkataan-perkataan yang berada di atas skrin.Oleh itu, saya harap Cikgu dapat mempertimbangkan permintaan saya ini. Saya juga harap Cikgu dapat nyatakan sekali nombor akaun bank Cikgu supaya saya dapat "bank in"     duit (harga buku) kepada Cikgu. Tetapi andai kata Cikgu keberatan untuk attachkan novel itu, abaikan saja email saya ini. Sesungguhnya hanya ALLAH saja yang dapat membalas jasa Cikgu dan mengetahui kebenarannya.Sebenarnya, saya telah banyak membaca karya-karya Cikgu dalam blog cikgu. Saya suka sangat dengan karya cikgu. Terdapat banyak unsur suspen dan kejutan. Banyak juga konflik yang menimbulkan minat pembaca untuk terus menyokong karya Cikgu. Tahniah sekali lagi dari saya.Oh ya, kalau tak keberatan, saya nak tahu, cikgu mengajar di sekolah mana? Mengajar subjek apa?
Biodata:Nama: Siti Nur Shuhada Chong Bt. AbdullahAsal: PerakStatus: berkahwinBil. anak: 3 orang anak lelakiPekerjaan: guruMata pelajaran yang diajar: Sejarah, Kesusasteraan MelayuTempat bertugas: Sekolah Menengah Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan), Setapak, K.L.Hobi: membaca novel/cerpen
shuhada,

insyaallah... nanti akan sampai untukmu bukan satu malah dua manuskrip iaitu tmkh dan cintamu cintaku satu. nantikan, ya....

oh ya...kepada semua teman dan kawan2 yang nak emel pada kak sofi... please... please... guna emel yang ini..

hana.arisya@gmail.com

yang ini sahaja, ya..

thanx



5 ulasan:

  1. salam cikgu sofi..
    nnt cikgu dtg x klibf 2011??
    smlm saya ade pegi,, da jmp da bku cintamu cintaku satu..
    tapi cikgu tak de.. hehe..
    ble ckgu sofi ade?? bley saya mntk sign nnt..

    fiqa

    BalasPadam
  2. terharunyer sy bace email nie..
    mmg xdpt dsgka..

    BalasPadam
  3. fiqa, xpe, insyaallah ada rezeki kita akan jumpa nanti, k!

    tarisuria, mmg terharu sangat rasa hati kak sofi bila baca emel shuhada tu..

    BalasPadam
  4. hampir nak menitiskan air mata baca email ni...

    =,(

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.