Langkau ke kandungan utama

kenapa perempuan takut gemuk? dan, apa itu bulimia?

anda takut gemuk? hmm, tu soalan yang selalu ditanya kepada orang perempuan. jawapannya...tentulah!! siapa yang suka jadi gemuk kan? isteri takut gemuk bimbang suami x sayang. anak gadis takut gemuk bimbang boyfriend tinggalkan dia. apapun alasan, gemuk memang menjadi musuh wanita. 

jadi untuk elak gemuk, apa yang anda buat? hmm, ada yang kurang makan, istilahnya 'diet' dan mencuba segala mak nenek ubat kurus demi kelihatan ramping, kan? kan? malah, ada yang sanggup beli segala macam baju infra merah demi mendapat bentuk badan unggul. namun tak kurang juga yang disebabkan tak mahu berhabis duit atau tak ada duit pilih alternatif lain. 

apa dia? cara mudah aje... makan dan lepas tu muntahkan semula apa yang sudah dimakan itu. istilah saintifiknya ialah bulimia. 

apa dia bulimia? 

bulimia nervosa ialah kecelaruan pemakanan. Penghidap bulimia nervosa sebenarnya menghadapi masalah psikologi  kerana fikiran mereka hanya tertumpu kepada persoalan mengenai penampilan kurus, berat badan dan makanan. orang yang bulimia ni tak pernah percaya pada apa orang lain kata tentang tubuh badannya. anda beritahulah banyak kali kepadanyapun yang dia kurus, dia tetap kata dirinya gemuk jugak. so, apa yang dibuatnya?

.Pesakit bulimia biasanya akan makan dengan banyak dan cepat kemudian ‘memuntahkan’ kembali apa yang mereka makan dengan kaedah menjolok anak tekak. Namun, ada juga yang sanggup menggunakan ubat yang dinamakan ubat laksatif atau diuretik, supaya cepat membuang air besar. kadang-kadang mereka sanggup berpuasa panjang untuk mengurangkan berat badan dan tidak mustahil juga ada yang akan membuat senaman yang keterlaluan. (http://www.yadim.com.my/Kesihatan/Kesihatan)

kesan?

badan pesakit akan kekurangan mineral dan zat yang diperlukan dalam badan. hormon badan menjadi tidak seimbang. Ini sekali gus menyebabkan mereka mudah tertekan dan sering hilang kawalan. 

bulimia banyak membawa komplikasi buruk terhadap kesihatan. Penghidap bulimia bakal berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan seperti dehidrasi dan kekeringan, kadar denyutan jantung tidak normal, gigi sensitif serta gangguan pada sistem penghadaman. Selain itu, mereka mungkin muntah bercampur darah yang menandakan ada luka pada esofagus iaitu laluan makanan dari tekak ke perut atau pada perut. Tekanan dan kemurungan adalah masalah paling biasa dialami pesakit bulimia, justeru perlu dirawat dengan segera kerana ada di kalangan pesakit ini cenderung untuk membunuh diri. 

anda ada kawan yang menghidap bulimia? ketahuilah bahawa tabiat pemakanan mereka perlu dihentikan daripada terus merebak dan mengancam nyawa mereka. bawa diorang jumpa doktor untuk mendapat khidmat kaunseling dan nasihat cara pemakanan yang betul. doktor juga akan memberikan ubat untuk meredakan kesakitan pesakit seterusnya merujuk kepada pakar sakit jiwa sekiranya tiba di tahap kronik. 

harap info ini berguna untuk anda. 

Ulasan

  1. semua perempuan nk kurus... istilah 'diet' perlu betul... diet ialah makan dgn seimbang mengikut piramid makanan... tp ramai silap konsep diet.. semua beranggapan diet ialah tk makan @ kurangkan makan.... bila badan kita jd membesar lebih dr biasa, kita akan rasa penat dan sesak nafas... itu yg sy pernah rasa... skrg ni, sy jaga pemakanan.. makan dlm kuantiti yg sedikit... bukan tk makan langsung.. pil @ produk tk penting, paling penting jaga pemakanan n bersenam... itu ler rahsia badan blh jd kurus tanpa menyeksa badan kita.

    BalasPadam
  2. Assalam,

    Gemuk mengundang penyakit spt cholesterol, darah tinggi, kencing manis, jantung bla bla bla.... bila badan berat nak naik tangga pun somput...haa tu obesiti. Kalu gemok sihat lama2 senang didtngi penyakit.

    Gemuk menyebabkan nampak lebih tua dari umur. Cth umur baru 35 tapi dah macam 50an. Ada makcik umur 50 tapi org sangka dia 30an sebab slim dan tanpa kedut di wajah. Tua tu agaknya bila dah sampai 70an baru rasa tua kut. Cth. Saya pernah jumpa makcik pakai tudung labuh sambil jual kueh di kaki lima. Saya sangka umur dia 40an. Panggil dia kakak. Dah biasa beli kueh dgn dia , suatu hari dia bagitahu umur dia dah 60an lebih, hidup bermadu terpaksa menyara diri dgn menjual kueh mueh, ditambah lagi dgn mengidap cancer serviks hampir 10 tahun.

    Sayu hati saya mendengarnya namun dia nampak slim dan wajah tenang dan sentiasa tersenyum. Senyum tu mendatangkan rejeki. Sajer nak ngomel panjang kat sini. bleh kan kan...

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…