Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

anda senggugut? sakit yang teramat sangat bila period? sampai terpaksa baring, mengerekot kerana kejang di perut bila datang haid? sem...

jangan ambil mudah bila diserang senggugut...

By April 28, 2011




anda senggugut? sakit yang teramat sangat bila period? sampai terpaksa baring, mengerekot kerana kejang di perut bila datang haid?


semua itu mungkin kerana anda mempunyai cyst (sista). di mana? di luar rahim? gejala yang dinamakan sebagai endometriosis...
“Sista endometriosis adalah keadaan di mana tisu yang menyerupai selaput rahim tumbuh di luar rahim seperti di ovari, tiub fallopian, usus, pundi kencing dan pelvis. Ia sepatutnya gugur dan menjadi darah semasa datang haid, tetapi sisa-sisa darah yang tidak gugur dan melekat di kawasan lain ini bertukar menjadi sista. Keadaan ini menjadikan pesakit berasa tidak selesa dan sakit di kawasan bawah perut dan belakang setiap kali datang haid ataupun ketika mengadakan hubungan suami isteri."
Perunding Perbidanan dan Sakit Puan dari Damai Service Hospital, Dr. Mahes Sittampalam



endometriosis juga merupakan punca utama ketidaksuburan wanita. 
“Sista yang terdiri daripada gumpalan darah lama itu biasanya melekat di kawasan tiub fallopian dan ovari. Jika keadaan ini berlaku, ia akan menghalang laluan sperma untuk sampai ke telur. Jika berlarutan, sista boleh membesar dan pesakit sukar untuk hamil." 
Sista boleh membesar dan merebak, tetapi sista tidak boleh bertukar menjadi kanser. 
“Senggugut yang teruk dikaitkan dengan sista yang membengkak disebabkan rangsangan estrogen yang dirembeskan semasa haid.
Tompokan sista yang pecah pula akan memburukkan keadaan kerana perut akan mengalami kekejangan berganda,” 
Kaedah terbaik untuk mengesan ujudnya sista endometriosis adalah melalui ujian laparoskopi di mana doktor akan memasukkan tuib berkamera di sekitar kawasan peranakan. Pembedahan perlu dilakukan jika ukuran sista melebihi lima sentimeter dan wanita ingin mengandung. Jika sista yang ditemui kecil, ia boleh dikawal dengan mengambil suntikan Danazol, Lucrin Depot ataupun Depo-provera. Pil perancang juga boleh digunakan dalam sesetengah kes.


Kehadiran sista bagaimanapun tidak akan mengganggu tumbesaran janin sekiranya pesakit hamil.
“Endometriosis melekat di luar kawasan rahim. Jadi, janin tidak ada masalah untuk membesar.
Namun, jika sista terus membesar dan memberi simptom kesakitan mengejut kepada si ibu sepanjang tempoh kehamilan, pembedahan untuk membuang sista perlu dilakukan. Jika tidak, doktor akan hanya memeriksa tumbesaran sista tersebut. Malah, kalau pesakit hamil, ia adalah petanda bagus kerana mengandung adalah rawatan semula jadi untuk sista ini. Apabila wanita hamil, rangsangan estrogen yang hadir setiap kali datang haid akan terhenti untuk tempoh 10 bulan atau lebih. Keadaan ini menyebabkan sista mengecut dan hilang secara semula jadi,” 
kesimpulan? 

jangan pandang remeh jika anda yang sudah berkahwin masih mengalami senggugut yang teruk setiap bulan. harap artikel ini membantu. 

sumber: kosmo

You Might Also Like

4 comments

  1. saya mempunyai masalah ni yang agak teruk

    kadang2 sampai muntah2...

    hmm bahaya gak rupanya yer

    BalasPadam
  2. salam gksb...
    nnt tengok dulu..bila dah kawen kalau masih berlarutan, tu bahaya laa tapi biasanya wanita normal yg senggugut b4 kawen nnt lps kawen hilang senggugut tu.

    BalasPadam
  3. Salam , sy pon teruk jugak segugut time period ni sampai muntah2 setiap bulan .. penah jgk smpai pengsan sbb tenaga dh xde lepas muntah , pegi klinik jumpe doktor die ckp perkara biase or normal bg org prmpuan ni , dh mcm2 ubat dn jamu sy mkn tp ttp xboleh hilang jgk

    BalasPadam
  4. Saya pon selalu jugak muntah2 bile dtg bulan sampai penah pengsan gara2 muntah x berhenti.. bile pegi klinik jumpe doktor , die cakap perkara biase dan normal bg org prmpuan.. dh mcm2 ubt dan jamu sy mkn ttp x hlng jugak

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.