apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

9.4.11

isteri curang dibunuh, suami tunjuk mayat melalui webcam...

dalam hubungan suami isteri, perkara yang paling tidak mahu didengari oleh suami mahupun isteri ialah pasangan masing-masing mencurangi mereka. isteri akan amat terluka bila mengetahui suaminya ada perempuan lain di dalam hidupnya. saat itu, dia akan tertanya-tanya apakah kekurangan dirinya, apakah yang silap dalam perhubungan mereka sehingga suami sanggup menduakannya. bagi suami pula, tidak akan pernah terlintas isterinya sanggup menduakan dirinya kerana dia amat yakin bahawa seorang isteri dilahirkan untuk setia kepadanya namun di zaman canggih ini, isteri yang mudah mencari hiburan melalui internet ada juga yang terpesong dan mempunyai kekasih gelap mereka sendiri.

apa mesti dibuat bila cinta tiada lagi? bila hati dah berbahagi-bahagi? owh... pasangan-pasangan zaman ini memang mudah aje penyelesaiannya .
"Kami bercerai kerana di antara kami sudah tidak ada persefahaman lagi...huhuhu"
perasaan sendiri perlu diutamakan. anak-anak? alah, mereka tentu faham.....

tapi, di madrid, sepanyol, lain pula tindakan seorang suami muda bila isteri dia membongkar satu cerita. dia begitu bahagia bila mengetahui isterinya mengandung malangnya, si isteri pula dengan berani, mengaku, bahawa anak yang sedang dia kandung itu bukan anak suaminya.

kalau anda, anda marah tak?

si suami bukan sekadar marah malah telah membunuh isterinya dan menunjukkan mayat wanita itu dalam webcam, kepada ayahnya.

tu dia! sekali baca, kita rasakan lelaki ini terlalu kejam. tapi, mungkin hatinya terlalu sakit kala itu, siapa tahu, kan? oh ya, memang, dia tak seharusnya bertindak kejam membunuh isterinya namun...apakah yang lebih layak untuk wanita itu?

jadi, bagi para isteri yang berhajat hendak menduakan suami tu.... fikir-fikirkanlah.... jangan mati sia-sia dan nanti tak cium bau syurga pulak.

sumber...... sini

2 ulasan:

  1. kalau saya dok kat tempat si suami tu dan x fikir pasal agama, mungkin bertindak mcm dia kot....sakit hati teramat sangat!!
    ...moga2 kita semua dijauhkan dr hal2 sedemikian rupa....

    BalasPadam
  2. itu kes isteri curang klu suami pulak curang.alasan agama membenarkan poligami.fikirkanlah dunia...dunia...perempuan dan lelaki mempunyai perasaan yang sama tidak mahu dikhianati

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.