Langkau ke kandungan utama

hepatitis - secebis pengetahuan untuk kita

asyik citer pasal novel aje..takut korang jemu pulak hehe...so malam ni kita masuk topik serius, tentang hepatitis. boleh kan, kita tukar angin, jap? Ni kak sofi ambil daripada fb... x salah kan kalau kita berkongsi?

Ada penyakit yang sama bahaya jangkitannya seperti AIDS, namun ramai yang tidak mengetahuinya. 

Tahukah anda virus Hepatitis B 100 kali lebih mudah dijangkiti berbanding dengan virus HIV (AIDS)? 

Hepatitis adalah penyakit yang disebabkan oleh beberapa jenis virus yang boleh menyerang dan merosakkan sel-sel hati manusia. Ia dikategorikan kepada jenis A, B dan C.

Hepatitis A
  1. Hepatitis A adalah penyakit hepatitis yang tidak menimbulkan kesan penyakit yang besar. 
  2. Hepatitis A merebak melalui makanan dan minuman yang dicemari. 
  3. Virus ini merebak melalui najis individu yang menghadapi penyakit ini. Sebagai contoh, ikan atau kerang daripada kawasan air yang dicemari oleh najis manusia yang dijangkiti. Ia juga boleh dijangkiti melalui hubungan rapat dengan individu yang dijangkiti. 
  4. Tanda-tanda jangkitan boleh dilihat selepas 2 hingga 3 minggu. Pada minggu pertama, individu yang dijangkiti akan mengalami sakit seperti kuning, keletihan, demam, hilang selera makan, muntah-muntah, pening dan kencing yang berwarna hitam pekat. 
  5. Penyakit Hepatitis A mempunyai vaksin yang boleh diambil terutamanya kepada mereka yang keluar negara. 
  6. Menjaga kebersihan diri adalah penting. Cuci tangan dengan sabun, jika boleh guna sabun anti kuman selepas menggunakan tandas, sebelum menyediakan makanan dan sebelum makan.

Hepatitis B
  1. Hepatitis B pula adalah penyakit dalam kumpulan ini yang paling serius dan amat perlu diambil perhatian. 
  2. Kesedaran tentang bahaya Hepatitis B ini masih kurang di kalangan orang ramai. 
  3. Cara jangkitannya yang begitu mudah, malah lebih mudah daripada dijangkiti AIDS. 
  4. Virus ini boleh dijumpai dalam semua bahagian cecair tubuh manusia yang menghadapi Hepatitis B secara teruk dan serius.
  5. Virus ini dijumpai di dalam darah, air mani, cecair faraj, cecair sendi, air susu, air kencing, air mata dan pelbagai. 
  6. Penyakit ini adalah biasanya di Asia adalah daripada kes-kes ibu menjangkitkan ia kepada anak sewaktu bersalin. 
  7. Penyakit boleh dijangkiti melalui pemindahan darah atau sebarang hasil darah melalui luka di kulit atau melalui tindik, membuat tatoo, acupunture, kecederaan jarum dan berkongsi berus gigi. 
  8. Penagih dadah yang berkongsi jarum turut menghadapi risiko yang sama. 
  9. Begitu juga penggunaan alatan perubatan dan pergigian yang tidak di nyah kuman dan dicuci bersih. 
  10. Jangkitan paling ketara adalah melalui hubungan seksual dan hubungan rapat melalui pembawa penyakit ini. 
  11. Individu yang menghadapi penyakit ini secara serius dan teruk adalah turut menjadi pembawa. 
  12. Daripada 90 peratus bagi mereka yang dijangkiti terdapat 5 ke 10 peratus orang dewasa yang tidak dapat menyediakan antibodi yang mencukupi untuk membasmi jangkitan dan akan dijangkiti secara teruk untuk jangka masa panjang. 
  13. Mereka ini adalah pembawa penyakit Hepatitis B yang kronik.
  14. Tanda-tanda jangkitan Hepatitis B yang teruk adalah sama seperti jangkitan virus Hepatitis C. Ini termasuk demam, sakit perut dan kuning. 
  15. Kebanyakan yang dijangkiti secara teruk tidak mempunyai tanda-tanda yang jelas dan mereka boleh menjangkit ia kepada orang lain. 
  16. Mereka yang dijangkiti secara teruk mempunyai risiko tinggi mengalami penyakit dan kanser hati yang boleh menyebabkan kematian. 
  17. Risiko ini meningkat 200 ke 300 kali ganda berbanding yang bukan pembawa. 
  18. Turut didapati wanita pembawa Hepatitis B, mudah menjangkitkan ia kepada bayi yang dilahirkannya dan bayi tersebut pula menjadi pembawa dan menyebarkan kepada orang lain. Harus diingat, virus ini telah didapati hampir di semua bahagian berair dan cecair tubuh manusia. 
  19. Adalah dijangka 3 ke 5 peratus darah di derma di Semenanjung Malaysia diperiksa mempunyai virus HBU iaitu virus yang menyebabkan Hepatitis B. 
  20. Ini bermaksud, sekitar 468,000 ke 780,000 daripada jumlah penduduk, sekitar 15.6 juta, sudah menjadi pembawa yang boleh menjangkitkan ia kepada orang lain dan mereka ini mempunyai risiko yang tinggi menghadapi penyakit hati dan kanser hati. 
  21. Pada masa ini, tiada cara perubatan khusus untuk Hepatitis B. Belum ada ubat yang mampu mengubati penyakit ini sepenuhnya. 
  22. Kajian masih terus dijalankan untuk mencari cara rawatan dan ubat yang berkesan melawan Hepatitis B. 
  23. Hepatitis B boleh dicegah. Kini terdapat vaksin Hepatitis B yang diberikan secara suntikan. 
  24. Bagi orang dewasa dan kanak-kanak berumur 10 tahun ke atas, vaksin ini diambil 3 kali di jarak selama sebulan. 
  25. Bagi kanak-kanak yang berumur di bawah 10 tahun cukup 2 dos yang dijarakkan selama 2 bulan. 
  26. Dos booster juga perlu diberikan selepas 12 bulan. 
  27. Daripada data-data yang diterima, penerima suntikan yang lengkap boleh mempunyai imuniti lebih enam tahun. 
  28. Satu dos tambahan perlu diambil selepas jangka itu untuk meningkatkan semula pertahanan badan.

Hepatitis C
  1. Hepatitis C jarang didengari merupakan penyakit bawaan darah. 85 peratus mereka yang terdedah dengan virus ini akan menghidapi penyakit. 
  2. Satu daripada 5 antara mereka yang menghidapi Hepatitis C akan mengalami parutan dan pengerasan hati secara berperingkat. 
  3. Risikonya mengalami barah hati meningkat sebanyak 5 peratus selepas 20 tahun dan 4 peratus setahun bila hati mengalami parut. 
  4. Penyakit ini merebak melalui pendedahan kepada darah mereka yang menghidapi penyakit Hepatitis C. 
  5. Malah darah yang telah kering masih mempunyai virus yang boleh menjangkiti. 
  6. Antara cara jangkitan adalah dengan menyentuh darah yang telah dijangkiti. 
  7. Malah perkongsian alatan suntikan ubat dan darah boleh menjadi punca jangkitan. 
  8. Kebersihan alatan tatoo dan tindik juga perlu dipastikan dan mereka yang menerima darah atau produk darah sebelum 1994 perlu menjalani pemeriksaan. 
  9. Bahaya jangkitan juga datang melalui berkongsi berus gigi, pisau cukur dan alat pemotong kuku dengan mereka yang diketahui mengidap hepatitis C. 
  10. Walau pun risikonya rendah, namun kesan darah mungkin terdapat pada alatan yang dikongsi. Berkongsi tuala juga boleh mendatangkan risiko. 
  11. Jangkitan melalui hubungan seks adalah rendah dan masih samar-samar lagi kewujudannya. Namun ada kajian tentang bahan-bahan virus hepatitis ini dijumpai di dalam cecair vagina atau air mani. 
  12. Belum ada vaksin lagi untuk mencegah hepatitis C. 
  13. Penjagaan kebersihan adalah penting bagi menghindari mana-mana jenis hepatitis. 
  14. Elakkan berkongsi alatan mandi seperti berus gigi, pencukur dan tuala dengan mana-mana individu. 
  15. Jangan berkongsi jarum atau alatan perubatan dan pastikan alatan perubatan dan pergigian telah dibersihkan terlebih dahulu. 
  16. Elakkan amalan seks bebas. Jangan bertukar-tukar pasangan. 
  17. Pemakaian kondom masih tidak dapat mengelakkan jangkitan kerana virus ini telah didapati dalam air liur dan cecair badan yang lain. 
  18. Dapatkan suntikan vaksin terutamanya hepatitis B. 
  19. Bersihkan tangan selepas ke tandas dan sebelum makan. 
  20. Jalani pemeriksaan kesihatan dan darah sekurang-kurangnya setahun sekali dan sebaiknya 6 bulan sekali.

Hepatitis A, B dan C mudah untuk dielakkan. Dapatkan vaksin dan perbaharuinya setiap 6 tahun bagi vaksin hepatitis B.

Ulasan

  1. penawar hepatitis boleh didapati dari saya... http://aljabbar-melaka.blogspot.com/

    TONIK HATI AL-JABBAR MAMPU MERAWAT PELBAGAI PENYAKIT HATI...
    MEMBANTU MENGEKALKAN KETAHANAN ANTIBODI ANDA
    MEMBASMI VIRUS YANG MENJADI PUNCA UTAMA HEPATITIS
    MERAWAT & MENYEMBUHKAN KEROSAKAN SEL HATI

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…