apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

8.4.11

hematospermia! pernah tak anda mendengarnya?


artikel kali ini adalah satu artikel yang baru aje aku baca dari satu sumber. aku masukkan di sini kerana aku rasa, ia perlu terutama untuk para isteri dan bakal isteri di luar sana.


kita tau kan, seks bukan sesuatu yang kita bincang secara terbuka. maluu...woo, kan? jadi kebiasaannya, semua yang berkaitan perkara intim hubungan suami isteri hanya akan menjadi rahsia, seronok atau hambar, klimaks atau tidak, malah mungkin ada yang tak tau apa yang dimaksudkan dengan klimaks pun, tak gitu?


okey, sekali ni aku nak cakap tentang sesuatu yang berkaitan dengan orang lelaki pulak. harap apa yang tertulis di sini dianggap satu pelajaran, satu ilmu untuk dikongsi.


pernah dengar perkataan hematospermia? apa maksudnya?


Hematospermia sebenarnya adalah darah dalam air mani. satu keadaan bila mana suami bukan sahaja memancutkan air mani sewaktu ejakulasi tetapi, dalam air mani itu ada kandungan darah. pernah alami tak? 


ooo....dah ternganga dah?


mengapa ada darah semasa memancut tu? bahaya tak? apa perlu dibuat? 
sebelum aku teruskan, tolong jelas ya, bahawa, apa yang tertulis ini ialah hasil pembacaan dari satu artikel (tekan sini).  
ia adalah keadaan yang menakutkan, lebih-lebih lagi jika darah itu kelihatan pekat dan jelas walaupun tiada terasa apa-apa kesan yang menyakitkan. Jika terasa sakit, mungkin ia disebabkan salur kencing terluka dan mendatangkan kesan ketika membuang air kecil. Jika luka itu belum sembuh, darah juga akan kelihatan dalam air kencing. Jadi ini bermakna darah itu datang dari pundi yang menghasilkan air mani. 
air mani datangnya dari pundi prostat. jadi kalau ada darah semasa pancutan, ia dari pundi prostat. Radang pundi prostat atau ‘prostatitis’ punca utama hematospermia dan radang itu berlaku akibat jangkitan. 


bagaimana jangkitan/radang berlaku?


ia berlaku bila suami cuba menahan atau mengemut ketika ejakulasi berlaku, macam seolah-olah menahan daripada cepat klimaks. Cara ini membuatkan sedikit cecair dari salur kencing masuk semula ke dalam salur pundi prostat dan jika kebetulan ada kuman dalam salur kencing di kawasan pundi prostat, kuman itu akan ikut masuk dan membiak, menyebabkan berlakunya radang pundi prostat. 


apa perlu dibuat?


mudah aje...Jika mahu elak mendapat radang pundi prostat, elok jangan menahan ejakulasi. Jika mahu kawal ejakulasi daripada berlaku cepat, lebih baik mengawal pergerakan ereksi dalam faraj! 


aku sangat berharap, artikel ini membantu anda, pasangan suami isteri yang mendepani masalah berkaitan. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.