Follow Us @soratemplates

3.4.11

guru pukul murid sampai koma. di mana perikemanusiaan?

tidak dinafikan, hari ini ada jugak guru yang gila. guru yang tidak bertindak waras mengikut norma hidup. guru yang mencemarkan kredibiliti sistem keguruan sepenuhnya. 

begitulah yang terjadi di arau. ada guru lelaki muda, umurnya 26 tahun, mengajar di sekolah ugama pulak tu, warden lagi... tapi sanggup membelasah seorang murid lelaki berusia tujuh tahun sehingga koma, Khamis lalu. dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, guru itu bertindak kejam apabila mengikat tangan mangsa, Saiful Syazani Saiful Sopfidee di tingkap asrama sekolah berkenaan sebelum membelasahnya. dia tidak mengendahkan walaupun mangsa merayu dan menangis supaya perbuatan itu dihentikan. 

sumber polis berkata, mangsa yang diikat dan dipukul hampir dua jam itu bagaimanapun pengsan selepas mengalami kecederaan dalaman di kepala dan badan akibat dipukul bertubi-tubi oleh guru terbabit. katanya, guru terbabit berang dengan mangsa yang enggan mengaku terbabit dalam beberapa kejadian kecurian di asrama sekolah berkenaan sebelum itu. difahamkan, sebelum itu mangsa pernah dua kali dipukul suspek akibat enggan mengaku mencuri barangan milik pelajar lain di asrama sekolah. 
“Selepas mangsa pengsan, guru terbabit panik dan memanggil guru lain sebelum membawa mangsa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, kira-kira jam 1.30 pagi kelmarin. bagaimanapun, mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar kira-kira jam 3 pagi kelmarin dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU)". 
Bapa mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, berkata dia hanya mengetahui kejadian itu kira-kira jam 8 malam kelmarin melalui ibunya ketika anak tunggalnya dipindahkan ke HSB. 
“Saya bergegas ke HSB dan sebak melihat keadaan anak saya kini terlantar koma dengan mukanya bengkak selain lebam di mata dan pipi kiri. Malah, ada kesan melecet di tangannya kesan akibat diikat dan kini terpaksa menggunakan mesin bantuan pernafasan,”  
kata orang, setiap perbuatan itu dilakukan bersebab. maksudnya guru itu memukul disebabkan saiful mencuri. tapi, kut iya pun si saiful tu bersalah, apa yang guru muda ni buat bukan sesuatu yang boleh kita maafkan. apa hak dia hendak memukul sampai macam gitu sekali? siapa izinkan dia buat begitu? islam ada cakap ke yang kita boleh pukul pencuri? x ada, kan? kurang sabar dan baran semua itu mainan syaitan. hah, ikut sangat cakap makhluk tanduk dua tu, sudahnya apa? nyawa budak kecil tu terancam. dan kalau budak bernama saiful tu mati, wahai cikgu, apakah gelaran untuk anda pula? bukankah pembunuh namanya?
kalau anda hendak tahu seterusnya, baca sini

2 ulasan:

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.